Qiamullail adalah gabungan dua perkataan iaitu Qiam bermaksud bangun dan al-lail yang bermaksud malam. Yakni maksud qiamullail ialah bangun malam. Waktunya bermula selepas tenggelamnya matahari sehingga terbitnya fajar sadik. Solat qiamullail merupakan solat sunat yang ditambah selain daripada solat-solat sunat lain yang dilakukan pada waktu malam. Ia dinamakan tahajjud jika dilakukan pada waktu malam dan dinamakan qiam jika dilakukan sebelum tidur.
Qiamullail adalah sunat muakkad yang sangat dituntut. Banyak dalil-dalil yang menunjukkan kelebihannya sama ada daripada al-Quran, al-Sunnah dan ijmak ulama.
Firman Allah swt :
ومن الليل فتهجد به نافلة لك عسى أن يبعثك ربك مقاما محمودا
“dan bangunlah pada sebahagian malam serta kerjakanlah tahajjud di waktu itu sebagai solat tambahan semoga Tuhanmu membangkit & menempatkanmu pada hari akhirat di tempat terpuji”. (al-Isra’: 79)
Sabda Nabi saw:
ينزل ربنا تبارك وتعالى كل ليلة لى السماء الدنيا حين يبقى ثلث الليل الآخر.يقول : من يدعونى فأستجيب له من يسألنى فأعطيه من يستغفرنى فأغفر له
Melakukan solat banyak memberi kebaikan kepada kita. Antara kelebihan melakukan qiamullail ialah:
- Ia adalah perintah Allah kepada Nabi s.a.w, walaupun perintah ini khusus kepada Rasulullah s.a.w, namun sekalian umat islam termsuk dalam perintah tersebut kerana mereka dituntut supaya mengikuti Rasulullah s.a.w
- Al-muhsinun golongan yang berhak mendapat kebaikan dan rahmatNya.
“Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa berada di dalam taman-taman syurga dan di mata-mataair, sambil mengambil apa yang diberikan kepada mereka oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka sebelum itu di dunia adalah orang-orang yang berbuat baik, mereka sedikit sekali tidur di waktu malam dan di akhir malam mereka memohon ampun (kepada Allah)”. (Adz-Zariyat:15-18)
- Al-abrar (baik-baik) golongan yang mendapat pujian dan sanjungan daripada Allah.
وَالَّذِينَ يَبِيتُونَ لِرَبِّهِمْ سُجَّدًا وَقِيَامًا
Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang tekun mengerjakan ibadat kepada Tuhan mereka pada malam hari dengan sujud dan berdiri, (al-Furqan 25:64)- Allah menafikan persamaan antara mereka yang melakukan qiamullail dengan yang tidak melakukannya.
"(Engkaukah yang lebih baik) atau orang yang taat mengerjakan ibadat pada waktu malam dengan sujud dan berdiri sambil takutkan (azab) hari akhirat serta mengharapkan rahmat Tuhannya? "Katakanlah lagi (kepadanya): "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna. (az-Zumar: 9)
- Sebagai penyebab seseorang itu dimasukkan Allah ke dalam syurga.
--> Sumber daripada Nik Abd Rahman Nik Abd Ghani, Zahazan Mohamed, 2007, Cetakan pertama, Indahnya saat bersamamu (Panduan praktikal qiamullail), Kuala Lumpur, Telaga Biru.
Indahnya saat bersamamu Rabbi..
Ratapku hanya kepadaMu..
Terlalu banyak khilafku, Ampunkanlah ya ALLAH..
No comments:
Post a Comment