Tuesday, May 26, 2009

BACAAN ILMIAH...

Pada pendapat diri ini yang baru setahun jagung mendalami dan membaca buku-buku yang berunsurkan ilmiah...Buku dari seberang sedikit sukar untuk difahami..Dari segi penggunaan dan penyampaian bahasanya...


Buku nukilan seberang yang masih belum habis dibaca...menarik, sarat dengan bukti dari kitab suci Al-Quran dan kitab samawi yang lain...


Buku dari negara sendiri pula, lebih dekat di hati..mungkin kerana ia adalah negara kelahiran...Bahasa yang digunakan dekat di hati...lebih terkesan...


Buku yang telah habis dibaca, amat mudah difahami dan seronok diterokai...Berbangga kerana ada anak Malaysia yang mengkaji secara mendalam tentang wira ini...


Walaupun begitu..Kedua-duanya ada kelebihan tersendiri...kedua-duanya menggunakan pendekata tersendiri...semoga diri ini istiqomah dalam mencari ilmu..menggali sejarah yang tersembunyi di dunia ini... Gembiranya diri kerana mencintai ilmu...

Sunday, May 24, 2009

SAHABAT...

Sahabat...walau jauh dan berabad terpisah dek impian dan keadaan namun dengan izin Allah kita ketemu jua...Ukhuwwah kerana Allah tidak akan terpisah, walaupun ada tika nya kita bersedih dan bertegang urat..Itulah nikmatnya bersahabat...Hubungan yang awalnya terjalin kerana keterpaksaan atau kerana kerelaan, bukan kayu pengukurnya, yang penting sehingga mana kita mampu pertahankan sesebuah perhubungan itu supaya sentiasa mekar dan tersemat di dalam hati...

Dengan kehendak Allah jua pertemuan dengan sahabat yang lama terpisah terjadi hari ini..Terima kasih kerana mengingati, terima kasih kerana menyayangi sahabatmu ini seadanya...Di kedewasaan ini, pabila sesekali berjumpa terasa seperti pertama kali berkenalan...Gelak ketawa tidak lekang walau pertemuan hanyalah seketika cuma..

Masing-masing mempunyai impian dan harapan yang hendak dicapai...Semoga semuanya tercapai sahabat..Dengan usaha dan tawakalmu kepada Tuhanmu...InsyaAllah..kejayaan itu pasti...

Semoga ketemu lagi wahai sahabat, jika tidak disini, mungkin disana, di tempat yang indah kekal abadi..doakan untukku jua, wahai insan yang ku temui dan berpisah kerana Allah yang Esa...

Saturday, May 23, 2009

SEMUANYA BERMULA HARI INI...



Akhirnya lahir juga apa yang tersirat dihati, telah tersurat di blog ini... Jenuh akal berfikir, lelah hati menanggung rasa, menanti bilakah suatu cetusan rasa lahir dari seketul daging bernama 'hati' akan diluahkan..

Maka lahirlah blog yang dinanti...'serikandibonda'... Nama diberi sebagai peringatan pada diri, lahirnya didunia tidak lain sebagai khalifah di muka bumi..dan juga sebagai anak yang berbakti kepada ayahanda dan bonda...

Tulisan pertama masih terasa kekok, walaupun banyak yang mahu diluahkan..semoga apa yang diimpi menjadi nyata...Tenanglah wahai hati...bermulalah dengan nama Tuhanmu...