SEMUANYA BERMULA HARI INI...
Akhirnya lahir juga apa yang tersirat dihati, telah tersurat di blog ini... Jenuh akal berfikir, lelah hati menanggung rasa, menanti bilakah suatu cetusan rasa lahir dari seketul daging bernama 'hati' akan diluahkan..Maka lahirlah blog yang dinanti...'serikandibonda'... Nama diberi sebagai peringatan pada diri, lahirnya didunia tidak lain sebagai khalifah di muka bumi..dan juga sebagai anak yang berbakti kepada ayahanda dan bonda...Tulisan pertama masih terasa kekok, walaupun banyak yang mahu diluahkan..semoga apa yang diimpi menjadi nyata...Tenanglah wahai hati...bermulalah dengan nama Tuhanmu...
No comments:
Post a Comment