Tuesday, August 11, 2009

H1N1 semakin kronik..

Bala yang diturunkan Allah ini amat mebimbangkan seluruh dunia. Semakin lama ia semakin merebak. Jumlah kematian juga meningkat dengan mendadaknya membuatkan kerisauan semakin bertambah. Hanya Allah lah tempat untuk kita berserah. Terlalu banyak maksiat dan kerosakkan hambaNya yang membuatkan Rabbi menurunkan bala yang sehebat ini. Terasa seperti menanti maut sahaja, maklum sahajalah penyakit ini terkadang menyerang tanpa menunjukkan simptom-simptom seperti yang telah dihebah-hebahkan. Ia bagaikan musuh dalam selimut, menyerang tanpa memberi amaran.

Allah swt mengingatkan :-

مَا أَصَابَ مِن مُّصِيبَةٍ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي أَنفُسِكُمْ إِلَّا فِي كِتَابٍ مِّن قَبْلِ أَن نَّبْرَأَهَا إِنَّ ذَلِكَ عَلَى اللَّهِ يَسِيرٌ

Ertinya : Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lohmahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. ( Al-Hadid : 22 )

Kadang-kadang pelik juga memikirkan apabila UiTM mengambil inisiatif untuk menutup semua cawangannya walaupun tidak semua cawangan dijangkiti penyakit ini. Natijahnya pelajar dikurangkan cuti sana-sini semata-mata untuk menyelaraskan cuti. Tambah mengejutkan lagi apabila mendengarkan khabar angin yang mengatakan UiTM akan ditutup untuk satu semester kerana pelajar yang menghidap penyakit semakin bertambah dari sehari ke sehari. Wajarkah?? Sedangkan pelbagai inisiatif yang lain masih belum dilaksanakan lagi.

Sepatutnya UiTM ini mewajibkan pelajarnya memakai pelindung muka bagi mengelakkan jangkitan. Tetapi apabila melihat sekeliling, saranan memakai pelindung muka seakan dipandang sepi. Seakan-akan tiada apa-apa natijah akan terjadi lagaknya. Sedang IPTA yang lain berhempas pulas mebuat kempen, bersama untuk membanteras H1N1, warga UiTM hanya memandang sepi isu ini. Tiada siapa yang mebangkitkan isu untuk mewajibkan pelindung muka ini. Yang difikirkan hanyalah cuti sahaja.

Nabi s.a.w :-

إذا سمعتم بالوباء بأرض فلا تقدموا عليه ، وإذا وقع بأرض وأنتم بها فلا تخرجوا فرارا منه

Ertinya : Apabila kamu mendengar terdapat wabak di satu kawasan, janganlah kamu memasukinya, dan apabila kamu wabak berlaku di satu kawasan, kamu pula berada di sana, janganlah kamu keluar dari kawasan tersebut untuk melarikan diri. ( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Apakah dengan cuti yang diberi mampu untuk membanteras wabak ini dari menular. Dapatkah kita memastikan pelajar yang bercuti ini tidak kemana-mana hanya berada dirumah sahaja sehingga berakhir tempoh kuarantin itu??Tentu sekali tidak mungkin. Maka pihak yang berkenaan haruslah memikirkan inisiatif yang lain dalam membendung wabak ini dari menular. Jangan 'banyak cawangan' itu dijadikan alasan. Kita mampu menghadapinya, berusaha, berdoa dan bertawakal lah kepada Allah supaya wabak ini reda. Kerana hanya dengan izin Allah sahaja semua ini terjadi.. Wallahua'lam..




Bersama sahabat-sahabat mengambil langkah berjaga-jaga..

No comments:

Post a Comment