Thursday, August 6, 2009

Belajar dari kesusahan..

Semalam adalah hari untuk ku dan rakan-rakan menyelesaikan hal yang tertangguh. Rabu adalah satu-satunya hari yang tidak padat jadual waktunya. Daripada hal pendaftaran streamyx, hal meja hinggalah pembelian barang-barang rumah yang masih lagi tidak mencukupi.

Memandangkan hal streamyx telah di serahkan kepada ct, lela dan mien untuk diselesaikan, maka tinggallah hal meja yang membuatkan ku ,ecah dan huda ke pejabat asrama Dahlia, UiTM untuk menyelesaikannya.

Huda yang tidak berapa memberangsangkan kesihatannya ku hantar ke klinik sebelum tugas mengambil meja diteruskan. Sejurus tiba di pejabat asrama Dahlia, ku dan ecah terus bertanyakan hal meja. Setelah berunding, kami disuruh melihat keadaan meja. Alangkah terkejutnya kami, meja yang hendak dilupuskan itu amat baik keadaannya dan sangat memuaskan hati rupa bentuknya. Alhamdulillah, terpancar riak riang pada wajah kami.

Cuma ada persoalan yang bermain-main di kotak fikiran kami. Memikirkan bagaimana cara untuk kami membawa meja-meja yang boleh tahan saiznya itu ke rumah sewa. Akhirnya keputusan dibuat untuk membawa hanya dua meja pulang ke rumah sewa pada permulaanya. Setelah menghantar huda dan meja pulang, kami menyambung untuk membawa pulang baki meja yang lain.





Keadaan dalam kereta yang disumbat dengan 4 buah meja..


Jenuh kami memikirkan, bagaimana untuk memasukkan 4 meja kedalam kereta, supaya kami tidak perlu berulang-alik semata-mata untuk membawa meja sahaja. Seteah pelbagai strategi dikemukakan, maka berjaya juga kami memasukkan meja-meja itu ke dalam kereta. Situasi ini emang mengajar kami erti kesabaran. Mencari jalan-jalan keluar dari setiap kesempitan dan kesusahan. Memaksa untuk akal berfikir secara kritis dan kreatif. Jauh dari keluarga memaksa kami untuk hidup sangat berdikari, mempelajari cara untuk menyelesaikan masalah luar dari sudut pemikiran yang biasa.





Model meja dan meja yang berselerakan..


Pada malamnya, kami serumah bertungkus-lumus mengemas rumah dan menyusun meja-meja yang ada. Walaupun penat, kami teruskan juga. Jika semakin kami bertangguh, makin berserabutlah keadaan rumah kami itu. Hasilnya??Amatlah menyenangkan hati, segala kepenatan terbayar..





Keadaan ruang tamu setelah dikemas...



Ya Allah kami mensyukuri segala nikmat dan dugaan yang telah Kau berikan...

No comments:

Post a Comment