Saturday, October 31, 2009
Silent time..
Wednesday, October 21, 2009
Al-Habib Abdullah bin Alawi Al-Haddad
Majlis dimulakan dengan mengalunkan Ratib Al-Haddad dan Wird-ul-Latif. Sayu dan syukur memenuhi segenap ruang diri kerana dapat membacanya bersama jemaah. Terasa kerdil diri menharapkan mardhatillah dan cintaNya. Qasidah yang dialunkan oleh para pelajar maahad tahfiz juga membuai diri bersama alunan puji-pujian kepada Allah yang Esa. Kaca-kaca jernih jatuh jua, seiring lenggok qasidah yang dialunkan. Diri ini sedar akan kelalaian yang menimpa, ku menyesali tiap detik yang kusiakan.
Imam Abdullah Alawi Al-Haddad dilahirkan di sebuah perkampungan di kota Tarim, Hadramaut, Yaman pada 1066 Hijrah. Beliau adalah mujaddid islam yang terkenal (pembaharu). Beliau terkenal dengan ilmunya yang luas dan bermanfaat untuk di wariskan kepada insan-insan sepanjang zaman. Kehilangan daya penglihatan sejak umur 4 tahun digantikan Allah dengan kebolehan yang luar biasa yakni dapat menyerap ilmu dengan baik dan dapat menyebarkan dengan seluasnya.
Ratib Al-Haddad adalah doa-doa dan zikir-zikir karangan beliau yang paling mahsyur. Ia disusun berdasarkan inspirasi pada malam Lailatul Qadar, 27 Ramadhan 1071 Hijriyah (26 Mei 1661). Ratib ini terkenal dengan kemujarabannya untuk mencapai perlindungan Allah. Setiap ayat, doa dan nama Allah yang disebutkan di dalam ratib ini dipetik dari Al-Quran dan hadith Rasulullah s.a.w.
--> Sumber daripada Imam Abdullah Al-Haddad, 2009, Cetakan keempat, Ratib Al-Haddad dan Wirdul-Latif, Hawi al-khairat.
Semoga beliau sentiasa berada di dalam perlindungan, maghfirah dan rahmat Allah.
Monday, October 19, 2009
WAKE UP!!!!
Its time to WAKE UP!!!!
http://www.wakeupproject.com/Videos.asp
Friday, October 16, 2009
Tika roh berpisah dari jasad..
Tuesday, October 13, 2009
Pemergianmu
Monday, October 12, 2009
Kesukaran yang manis (ISTIQAMAH)
- Perbuatan mestilah ikhlas kerana Allah.
- Ia dilakukan dengan mempunyai ilmu pengetahuan dan bukan jahil.
- Ibadah dilakukan mengikut syariat.
- Pebuatan hendaklah dilakukan sebaik mungkin.
- Memastikan diri melakukan apa yang disyariatkan sahaja.
Dalam memastikan istiqamah dalam sesuatu, terdapat tiga tahap yang perlu berjalan seiring iaitu :
- Istiqamah hati : Jaga hati daripada sifat syirik dan mazmumah sebaliknya hiasi diri dengan sifat mahmudah (Surah al-Furqan 25:32).
- Istiqamah lisan : Menjaga lisan supaya sentiasa berkata jujur dan berani kerana hak (Surah Ibrahim 14:27).
- Istiqamah perbuatan : Tekun dalam pekerjaan dan melakukan yang terbaik.
--> Sumber daripada Ustaz Shauqi Othman, 2009, Isu 11, Solusi (Muka surat 66-67), Kuala Lumpur, Telaga Biru.
Wahai hati, janganlah berpaling setelah diberi petunjuk..Tidak putus doaku padaMu Rabbi, perkenankanlah..
Saturday, October 10, 2009
Majlis Makan Malam IMAM 2009
Lokasi : Masjid An-Nur, Uitm, Arau, Perlis.
Tarikh : 10 Oktober 2009
Tema : Warna-warni Aidilfitri
Betapa bersederhananya majlis makan malam IMAM kali ini, lantaran peralatan dan tempat-tempat lain sudahpun di tempah oleh persatuan yang lain. Syabas buat AJK-AJK yang menjayakan majlis kali ini, sederhana namun tetap meriah, walaupun dengan himpitan tugasan kuliah, ujian dan pelbagai dugaan di kala membuat persiapan.
Acara bermula dengan bacaan Al-Quran oleh Johan Tilawah Uitm Arau. Nasyid yang didendangkan oleh kumpulan nasyid Uitm amat merdu di dengar, gemersik suara mereka amat menembak hati membuat setiap yang mendengarnya terkesima seketika. Kemuncaknya, kami bersalam-salaman memohon kemaafan, mendoakan kesejahteraan sahabat-sahabat. Semakin hari ukhuwwah terasa semakin erat. Acara bermaafan-maafan berakhir dengan titisan air mata, menghargai nikmat yang Allah beri kini setelah bersusah payah menggapai pagar keinsafan.
Makanan di jamu dengan rasa syukur di hati. Betapa enak rezeki yang Allah beri malam ini. Tiada yang lebih membahagiakan, melainkan melihat cahaya-cahaya kegembiraan yang terpancar di setiap wajah sahabat-sahabat. Bagai tiada masalah dan duka yang di tanggung mereka, semuanya menikmati malam ini dengan penuh keceriaan.
Segala kekurangan majlis kali ini, maafkanlah..Ku dan sahabat-sahabat yang lain masih bertatih dalam mencari haluan. Masih tercari-cari rentak dalam bertindak. Terima kasih kerana sudi memberi diri ini peluang untuk sama-sama membantu menganjurkan majlis kali ini. Terima kasih diatas tunjuk ajar dan panduan bagi menghidupkan lagi majlis ini. Semoga kita bertemu lagi pada tahun hadapan.
Friday, October 9, 2009
Himpitan kesibukan
1)Demi Masa !
2)Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian;
3)Kecuali orang-orang yang beriman & beramal soleh & mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
Apabila tiada perancangan yang dilakukan apabila ingin melakukan sesebuah tugasan, kita akan kehilangan arah. Masa yang kita ambil akan lebih lama dari yang sepatutnya. Disiplin diri haruslah ketat dalam kita melaksanakan sesebuah pekerjaan, tidak kiralah kecil atau besar. Masa yang diberi Allah harus kita manfaatkan sebaiknya, jangan kerana kelalaian kita terlupa tugas yang kita galas. Ingatlah wahai diri dan sahabat-sahabatku, setiap saat masa kita ini akan dipersoalkan di hadapan Rabbi kelak. Apakah jawapan yang mampu kita beri nanti???Tepuk dada tanya iman..
Aktiviti minggu lepas
Menghadiri upacara konvokesyen Maria dan Yuhannis (rakan seperjuangan di SMKAM)
Lokasi : UUM, Sintok, Kedah.
Tarikh : 4 Oktober 2009
Tahniah Yuhannis dan Maria
Sahabat-sahabat yang menemani
Upacara makan malam Fakulti Teknologi Maklumat dan Sains Kuantitatif
Lokasi : Dewan Baru, Uitm, Arau, Perlis.
Tarikh : 9 Oktober 2009
Ya Rabbi , ampuni diri ini..andai hati ini kadang-kadang lalai mengingatimu..Terima kasih kerana masih menyayangiku ya Allah..
Wednesday, October 7, 2009
Dilema
Album : Pelita Hidup IVMunsyid : Hijjazhttp://liriknasyid.com
Lihatlah panorama dunia
Wanita bagaikan hilang rasa malunya
Maruah yang menjadi maharnya
Tergadai sia bagai tiada berharga
Di manakah budinya di manakah akhlaknya
Sungguh pilu dan sayu mengenangkannya
Santun tiada lagi nafsu memimpin hati
Kehormatan diri tidak dipeduli
c/o
Oh wanita kembali menginsafi
Kepada asal fitrah kejadianmu
Diciptakan untuk dihormati
Sentiasa diredhai Tuhan Pencipta
Kembali kepadanya juga pada
RasulnyaPasti dihadirkan taufik dan hidayahnya
Wanita...
Kembalilah ke arah kemuliaan
Contohi peribadi Ummul Mukminin
Rasulullah dijadikan suami
Tertawan kerna keluhuran pekerti
Bukan kerana harta bukan kerana nama
Tapi kerana budi yang disanjungi
Kembalilah...
Wanita perhiasan dunia
Bagai kilau permata di antara kaca
Sayangnya makin pudar cahaya
Hingga tiada lagi beza di antaranya
Saturday, October 3, 2009
Riang-ria raya 2009 (2)
Lokasi : Rumah Puan Nadia (Pensyarah Internet Porgramming), Ustaz Bakri (Pensyarah Bahasa Arab)
Rakan sekelas
Friday, October 2, 2009
Mencintai kalamullah
- Memperbetulkan niat kita dalam mempelajari Al-Quran. Seharusnya kerana Allah semata-mata bukan kerana ingin mengejar keharuman nama, dan dipandandang mulia oleh masyarakat.
- Memperbetulkan bacaan kita dahulu sebelum menghafaznya. Bacaan haruslah diperdengarkan kepada guru yang berkelayakan.
- Hendaklah ada penetapannya dan mengulang-ulang bacaan. Setakat mana yang mampu kita hafal untuk sehari. Ini bagi tidak membebankan diri kita sendiri.
- Membacanya dengan berlagu akan lebih memudahkan kita untuk mengahafalnya. Lumrah manusia itu sukakan bunyian yang merdu dan sedap didengar. Bak kata ustaz, lebih mudah menghafaz lagu daripada Al-Quran.
- Pemakanan juga perlu dijaga. Makanlah makanan-makanan yang disebut-sebut di dalam Al-Quran, seperti tamar, buah tin, buah zaitun, kismis, madu, badam dan juga buah-buahan segar.
- Solat hajat dan juga solat sunat hafazan bagi memudahkan kita menghafaz Kalamullah
Walaupun akan ada pelbagai dugaan dan kekangan yang akan melanda mereka-mereka yang ingin menjadi hafiz dan hafizah, tetapi ku tahu Allah akan membantu. Ku berdoa kepada Rabbi semoga lebih banyak ikhwan dan akhowat yang berusaha untuk menjadi hafiz dan hafizah, memuliakan kalamullah. Teringat pesanan ustaz, jika kita tidak mampu menghafaz satu Al-Quran, cukuplah kita menghafaz beberapa ayat di dalamnya sebagai contoh menghafaz surah Yassin yang juga dikenali jantung Al-Quran.
Wallahua'lam..Menyambung perjuangan..
Tarikh : 1 Oktober 2009
Tempat: Lapangan terbang Alor Star, Kedah.
Hannan..
Langkahmu, langkah pejuang..
Membela maruah agama, bangsa dan keluarga,
Pergimu dengan harapan agar kembali dengan kejayaan,
Agar dapat membentuk kembali sahsiah di sekelilingmu..
Hannan..
Belajarlah dengan hati yang ikhlas,
Perbetulkanlah niatmu,
Jadilah azhariah yang mampu menyumbang kepada agama, negara dan bangsa,
Jangan membelakangkan nasihat insan-insan yang menyayangimu,
Ingatlah kami dalam setiap doamu..