Upacara makan malam Ikatan Mahasiswa Madani (IMAM)
Lokasi : Masjid An-Nur, Uitm, Arau, Perlis.
Tarikh : 10 Oktober 2009
Tema : Warna-warni Aidilfitri
Betapa bersederhananya majlis makan malam IMAM kali ini, lantaran peralatan dan tempat-tempat lain sudahpun di tempah oleh persatuan yang lain. Syabas buat AJK-AJK yang menjayakan majlis kali ini, sederhana namun tetap meriah, walaupun dengan himpitan tugasan kuliah, ujian dan pelbagai dugaan di kala membuat persiapan.
Acara bermula dengan bacaan Al-Quran oleh Johan Tilawah Uitm Arau. Nasyid yang didendangkan oleh kumpulan nasyid Uitm amat merdu di dengar, gemersik suara mereka amat menembak hati membuat setiap yang mendengarnya terkesima seketika. Kemuncaknya, kami bersalam-salaman memohon kemaafan, mendoakan kesejahteraan sahabat-sahabat. Semakin hari ukhuwwah terasa semakin erat. Acara bermaafan-maafan berakhir dengan titisan air mata, menghargai nikmat yang Allah beri kini setelah bersusah payah menggapai pagar keinsafan.
Makanan di jamu dengan rasa syukur di hati. Betapa enak rezeki yang Allah beri malam ini. Tiada yang lebih membahagiakan, melainkan melihat cahaya-cahaya kegembiraan yang terpancar di setiap wajah sahabat-sahabat. Bagai tiada masalah dan duka yang di tanggung mereka, semuanya menikmati malam ini dengan penuh keceriaan.
Segala kekurangan majlis kali ini, maafkanlah..Ku dan sahabat-sahabat yang lain masih bertatih dalam mencari haluan. Masih tercari-cari rentak dalam bertindak. Terima kasih kerana sudi memberi diri ini peluang untuk sama-sama membantu menganjurkan majlis kali ini. Terima kasih diatas tunjuk ajar dan panduan bagi menghidupkan lagi majlis ini. Semoga kita bertemu lagi pada tahun hadapan.
Rejim Zionis mengepung ambulans di Jabalia
1 week ago
No comments:
Post a Comment