Showing posts with label dinner. Show all posts
Showing posts with label dinner. Show all posts

Saturday, October 10, 2009

Majlis Makan Malam IMAM 2009

Upacara makan malam Ikatan Mahasiswa Madani (IMAM)
Lokasi : Masjid An-Nur, Uitm, Arau, Perlis.
Tarikh : 10 Oktober 2009

Tema : Warna-warni Aidilfitri

Betapa bersederhananya majlis makan malam IMAM kali ini, lantaran peralatan dan tempat-tempat lain sudahpun di tempah oleh persatuan yang lain. Syabas buat AJK-AJK yang menjayakan majlis kali ini, sederhana namun tetap meriah, walaupun dengan himpitan tugasan kuliah, ujian dan pelbagai dugaan di kala membuat persiapan.

Acara bermula dengan bacaan Al-Quran oleh Johan Tilawah Uitm Arau. Nasyid yang didendangkan oleh kumpulan nasyid Uitm amat merdu di dengar, gemersik suara mereka amat menembak hati membuat setiap yang mendengarnya terkesima seketika. Kemuncaknya, kami bersalam-salaman memohon kemaafan, mendoakan kesejahteraan sahabat-sahabat. Semakin hari ukhuwwah terasa semakin erat. Acara bermaafan-maafan berakhir dengan titisan air mata, menghargai nikmat yang Allah beri kini setelah bersusah payah menggapai pagar keinsafan.

Makanan di jamu dengan rasa syukur di hati. Betapa enak rezeki yang Allah beri malam ini. Tiada yang lebih membahagiakan, melainkan melihat cahaya-cahaya kegembiraan yang terpancar di setiap wajah sahabat-sahabat. Bagai tiada masalah dan duka yang di tanggung mereka, semuanya menikmati malam ini dengan penuh keceriaan.

Segala kekurangan majlis kali ini, maafkanlah..Ku dan sahabat-sahabat yang lain masih bertatih dalam mencari haluan. Masih tercari-cari rentak dalam bertindak. Terima kasih kerana sudi memberi diri ini peluang untuk sama-sama membantu menganjurkan majlis kali ini. Terima kasih diatas tunjuk ajar dan panduan bagi menghidupkan lagi majlis ini. Semoga kita bertemu lagi pada tahun hadapan.










Ku bersyukur ya Rabbi, diatas kelancaran perjalanan majlis ini..
Terima kasih kepada Majlis Tertinggi IMAM kerana memberi peluang ini.

Friday, October 9, 2009

Himpitan kesibukan

Lama sungguh diri ini tidak menarikan pena, terasa kekok untuk memulakan kembali, namun..ada kisah yang perlu di khabarkan, ada peristiwa yang perlu diceritakan. Diri ini dilanda kesibukan yang teramat sangat, sehingga tiada ruang masa untuk ku curi. Betapa diri ini menghargai nikmat masa lapang yang diberi Rabbi tika diri dihimpit kesibukan.

Terlalu banyak cerita yang tidak mampu ku coretkan sepanjang minggu lepas, ku hanya mampu memandang sepi ruang tari penaku, tidak mampu diri ini meluangkan masa untuk menulis. Tambahan lagi hampir setiap malam diri ini beralaskan lantai pabila tidur, bersengkang mata untuk menyelesaikan tugasan yang diberi pensyarah.

Benarlah firman Allah yang bermaksud:


1)Demi Masa !
2)Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian;
3)Kecuali orang-orang yang beriman & beramal soleh & mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Apabila tiada perancangan yang dilakukan apabila ingin melakukan sesebuah tugasan, kita akan kehilangan arah. Masa yang kita ambil akan lebih lama dari yang sepatutnya. Disiplin diri haruslah ketat dalam kita melaksanakan sesebuah pekerjaan, tidak kiralah kecil atau besar. Masa yang diberi Allah harus kita manfaatkan sebaiknya, jangan kerana kelalaian kita terlupa tugas yang kita galas. Ingatlah wahai diri dan sahabat-sahabatku, setiap saat masa kita ini akan dipersoalkan di hadapan Rabbi kelak. Apakah jawapan yang mampu kita beri nanti???Tepuk dada tanya iman..

Aktiviti minggu lepas

Menghadiri upacara konvokesyen Maria dan Yuhannis (rakan seperjuangan di SMKAM)

Lokasi : UUM, Sintok, Kedah.

Tarikh : 4 Oktober 2009



Tahniah Yuhannis dan Maria


Sahabat-sahabat yang menemani


Upacara makan malam Fakulti Teknologi Maklumat dan Sains Kuantitatif

Lokasi : Dewan Baru, Uitm, Arau, Perlis.

Tarikh : 9 Oktober 2009


Ya Rabbi , ampuni diri ini..andai hati ini kadang-kadang lalai mengingatimu..Terima kasih kerana masih menyayangiku ya Allah..