Tuesday, October 13, 2009

Pemergianmu


Panggilan telefon yang ku dapati petang tadi menggugat tenangku, mama memberitahu diriku akan pemergian moyangku. Umurnya telah pun melebihi satu abad, nikmat umur yang panjang telah diberi Allah kepada beliau untuk mengabdikan diri kepada Rabbi. Moyangku adalah seorang yang taat kepada perintah Allah, kulitnya tidak pernah kering dengan wudhuk, mulutnya tidak pernah lekang dengan zikrullah. Mungkin kerana amalannya inilah membuatkan dia tidak nyanyuk malah mampu mengingat setiap generasinya, dari anak-anak hinggalah ke cicit-cicitnya. Beliau juga berjaya mendidik anak-anak beliau sehingga setiap mereka menjadi insan yang berbakti kepada agama dan masyarakat. Semoga roh beliau ditempatkan dikalangan insan-insan yang soleh. Semoga Allah mempermudahkan urusan beliau di sana.
Ya Allah, semoga roh beliau dalam rahmatMu..

No comments:

Post a Comment