Showing posts with label mak andak. Show all posts
Showing posts with label mak andak. Show all posts

Friday, October 2, 2009

Menyambung perjuangan..

Menghantar Hannan untuk menaiki penerbangan ke Mesir (Al-Azhar, Kaherah)
Tarikh : 1 Oktober 2009
Tempat: Lapangan terbang Alor Star, Kedah.

Hannan..
Langkahmu, langkah pejuang..
Membela maruah agama, bangsa dan keluarga,
Pergimu dengan harapan agar kembali dengan kejayaan,
Agar dapat membentuk kembali sahsiah di sekelilingmu..

Hannan..
Belajarlah dengan hati yang ikhlas,
Perbetulkanlah niatmu,
Jadilah azhariah yang mampu menyumbang kepada agama, negara dan bangsa,
Jangan membelakangkan nasihat insan-insan yang menyayangimu,
Ingatlah kami dalam setiap doamu..


Hannan sekeluarga
Bersama Hannan

Fatah dan adik-adik yang comel

Bakal azhariah-azhariah

Semoga kita dapat berjumpa lagi..
Ya Allah, peliharalah hubungan kami, walau hanya sebentar cuma ku mengenali dirinya..

Sunday, September 6, 2009

Sejuta pernghargaan..

Malam ini mak andak diberi tugas untuk memberi ceramah di kolej Teja, UiTM. Sungguh ku terharu dan tersangatlah gembira kerana mak andak sudi menjadi lilin pembakar diri buat ku dan rakan-rakan yang ketandusan teguran dan nasihat. Syukur ke hadrat Illahi kerana diberi peluang untuk mendengar butir nasihat dari mulut mak andak sendiri, maklum sahajalah ini adalah kali pertama mak andak memberi ceramah di hadapan kami.

Pelbagai tajuk yang dikupas oleh mak andak pada malam ini. Khasnya tajuk masa. Mak andak mengatakan memanglah seminggu ada tujuh hari, tetapi ulamak mentafsirkan hari itu hanya ada lima sahaja. Yakni hari semalam, hari ini, hari esok, hari kematian dan hari akhirat. Kesemuanya dikupas dengan berhikmah. Supaya mudah terkesan di setiap hati pendengarnya.
Isu gejala sosial remaja kini juga diselit di celah-celah butir ceramahnya.

Seperti yang kita lihat, walaupun Ramadhan sudah melabuhkan separuh dari tirainya, namun masih ramai remaja yang tiada kesedaran untuk merebut peluang mengumpul pahala sebanyaknya dan merintih dosa yang banyak bagaikan buih di lautan yang tidak bertepi. Sungguh rugi mereka yang lalai dan leka, sedang Ramadhan itu bulan rahmat, bulan pengampunan malah bulan yang membantu kita melepaskan diri daripada azab seksaan neraka jahannam.

Sedih memikirkan nasib islam masa kini. Betapa kurangnya remaja berkualiti yang bakal menyambung perjuangan para Nabi dan sahabat. Kadang-kadang jauh ku memikirkan bagaimana pula nasib dan cabaran yang bakal ditempuhi generasi akan datang, lantaran kegemilangan itu tidak dibentuk dari sekarang. Lihat sahaja saf di masjid tika solat subuh, amat mengecewakan. Sangat mudah musuh untuk menyerang umat islam pada waktu subuh begini, lantaran enaknya pemuda diulit mimpi, bermalas-malasan di tilam yang empuk.

Wahai remaja, bangkitlah!! Ada tugas yang belum selesai, ada perjuangan yang perlu kita teruskan. Kejayaan kini adalah kejayaan masa hadapan. Lupakah kita yang islam pernah gemilang?? dan ia akan kembali gemilang. Janganlah kita hanya berpeluk tubuh, duduk dalam kondisi yang bertenang. Bagaimana islam hendak bangkit jika tiada usaha ke arah itu. Ku seru dengan sepenuh jiwa dan ragaku kepada hati-hati saudara seakidah ku, ayuhlah bangkit memperjuangkan deen ini..


Mak andak memberi ceramah..


Limpahkanlah rahmatMu kepada guru-guru kami ya Allah..
Berkatilah setiap ilmu yang telah mereka curahkan kepadaku..
Hanya Engkau yang mampu membalas jasa mereka..
Ya Allah yang Maha Penyayang..

Friday, August 14, 2009

Towards Falahain dibatalkan..

Lewat petang tadi, mama menghubungi ku, mama mengadu tentang bibikku yang seorang itu. Katanya mama baru menegur bibik yang semakin hari kelihatannnya semakin memeningkan kepala. Setelah ditegur mama, barulah dia berubah sedikit. Alahai manusia, jika tidak dinasihati, maka makin hitamlah seketul daging yang bernama hati itu. Begitulah juga kes bibik ku yang seorang ni. Mungkin lama tidak ditegur membuatkan dia lalai daripada melakukan tugasnya.

Sepatutnya hari ini diriku menghadiri kem Towards Falahain yang dianjurkan oleh pihak IMAM UiTM. Tetapi setelah ku bersiap-siap untuk ke masjid, satu pesanan ringkas telah ku dapati daripada salah seorang anggota tertinggi IMAM yang mengatakan kem itu dibatalkan, atas sebab pihak Jabatan Kesihatan mengarahkan semua program di UiTM dibatalkan, ekoran kes H1N1 yang semakin kronik. Agak terkilan juga diriku, tetapi tidak mengapalah. Mungkin ada hikmah disebaliknya. Allah lebih mengetahui.

Oleh yang demikian, ku bersama rakan serumah yang lain terus bergegas ke pasar malam arau untuk membeli makanan malam. Setelah selesai pembelian, ku dan rakan-rakan terus ke rumah mak andak untuk bertemu fatta, ada sesuatu yang ku belikan untuk menyejukkan hatinya. Tambahan lagi betapa diri ini merindui mak andak sekeluarga, membuatkan diri ini tidak sabar untuk bertemu mereka. Kasihan sahabatku yang seorang itu, hari ini beliau disaman dengan pihak JPJ lantaran tidak memasang pelekat 'P' di kereta. Nasib baik mak andak bertindak sebagai penyelamat. Mak andak membuat keputusan ingin membayar saman beliau, maka selesailah masalah beliau. Murah rezeki mu sahabatku. Bertuahnya dirimu kerana mendapat saudara yang sebegitu.

Sahabatku yang dilanda kecewa..


Ya Allah permudahkanlah urusan kami..