Wednesday, July 22, 2009

Kecuaian insan..

Alhamdulillah, hari ini suasana yang damai dan mengasyikkan dapat ku nikmati di bumi Arau ini. Hujan sejak dari pagi lagi amat menyamankan. Rahmat yang Rabbi turunkan amat ku syukuri. Jika nak dibandingkan di tempat lain, kita masih bertuah kerana rahmat Allah ini masih sudi untuk membasahi bumi kita.

Titisan kedamaian...

Pasar malam di stadium Kangar kami jejaki, bagi mencari sesuap rezeki untuk kami santapi. Tika aroma hidung menikmati harumnya bau kebab, rakanku yang bertiga (mien, lela, ct) datang menghampiri ku. Berita yang sungguh tidah enak ku dengari. Segala isi di dalam dompet ct hilang entah ke mana. Mungkin tercicir kata mereka, melihatkan zip dompetnya yang terbuka, sah sahabatku ini lupa untuk menutup dompetnya itu. Alahai sahabat, beratnya dugaan menimpa dirimu. Kata mereka telah beberapa kali mengulang perjalanan yang pernah mereka lalui, tetapi bayang isi dompet itu tidak jua kelihatan..



Sesak-sesak


Semoga dirimu lebih berhati-hati sahabatku, lumrah manusia bersifat lupa dan cuai. Sedangkan maksud perkataan insan itu sahaja adalah lupa. Cuma, kita haruslah berusaha menanganinya, mengambil langkah berjaga-jaga pada setiap perbuatan, tidak kira apapun jua. Kerana dikhuatiri kerana kecuaian diri, mengundang sesalan yang tiada akhirnya.

Kasihan kepada sahabatku, terpaksa berhempas pulas membuat kembali kad pengenalan, lesen, kad bank dan bermacam lagi kelecehan yang terpaksa di tempuhi. Jika hilang wang tidaklah menjadi masalah sangat. Kalaulah dugaan ini terjadi padaku, mampukah aku menghadapinya.

Berserahlah pada Allah wahai sahabatku, pohonlah bantuan dariNya. Berdoalah semoga barang-barangmu yang hilang itu ditemui dan disimpan oleh yang bertanggungjawab dan dikembalikan kepadamu dengan sempurnanya. Hanya Allah yang mampu membantu kita tika ini. Apalah daya ku dan rakan-rakan yang lain untuk membantumu. Hanya dengan bantuan doa yang mampu kami beri, semoga dirimu tabah menghadapinya.


Semoga barang-barangmu itu ditemui sahabatku..
Semoga Allah permudahkan urusanmu..
Semoga muncul seorang insan yang akan membantu mu mempermudahkan urusan mu...

No comments:

Post a Comment