Walaupun bermula agak lewat, tetapi itu semua bukan penghalang, perjuangan tetap harus diteruskan walaupun masa untuk melaksanakannya amat suntuk. Sasaran kali ini ialah bagi golongan 'couple' dan juga yang tidak menutup aurat dengan sempurna. Bak kata seorang muslimin, inilah masanya kita mempraktikkan teori yang dipelajari semasa tamrin, usrah dan pembacaan. Wah! memang mencabar, bersedialah wahai da'ie, tadahlah telinga, berhikmahlah dalam berbicara, pujuklah hati jika berbakul kata sinis yang diberi. Inilah sunnah orang berjuang, berjuang ertinya berkorban. Bukan mudah untuk memperjuangkan kebenaran, tetapi juga bukan mustahil untuk melaksanakannya.
Pelbagai tips yang boleh kita kutip daripada yang berpengalaman bagi mendapatkan cara untuk 'Berdakwah Dengan Efektif'. Ini adalah sedikit tips yang ku ambil dari buku yang tersimpan dalam kotak yang baru kubaca.
- Fahami individu yang hendak didakwah, kerana individu terdorong melakukan sesuatu perbuatan dengan harapan dia akan mendapatkan ganjaran yang diharapkan.
- Individu yang pandai mempengaruhi orang lain adalah individu yang pandai meneka keperluan sasarannya.
- Pendakwah juga perlu rajin memberi pujian kerana ia berkesan sebagai pengubah tingkah laku sasaran.
- Perbuatan pendakwah yang dapat menjadi pengukuh berkesan adalah perbuatan memberi maklum balas. Maksud maklum balas disini ialah perbuatan memberi maklumat berkenaan apa yang dilakukan oleh sasaran kerana semua maklumat adalah maklum balas.
- Pendakwah perlu menghindarkan penggunaan menggunakan bahasa negatif. Dengan itu, mereka tidak mencerminkan sikap positif padahal sikap positif adalah unsur penting kepada karisma.
- Para pendakwah dapat menggambarkan diri mereka sebagai orang yang pengasih dan penyayang kepada orang yang menjadi sasaran dakwah mereka.
- Pendakwah perlu mencipta situasi yang seimbang supaya sasarannya berasa selesa dan seronok. Ini dapat dilakukan dengan berkata kepada sasarannya apa-apa yang sudah diketahui dan dipercayai oleh sasarannya.
- Pendakwah hanya perlu menimbulkan sedikit rasa takut dalam hati sasaran dakwah, bukan dengan cara terlalu menakut-nakutkan mereka.
Wallahua'lam
--> Sumber daripada Abdullah Hassan, 2007, Cetakan pertama, Teori dan Teknik Moden Mendorong Perubahan Tingkah Laku Berdakwah Dengan Efektif, Batu Caves, Selangor, PTS Islamika.
Ya Rabbi, kasihanilah sahabat-sahabat ku yang sedang diberi ujian kesakitan,
Berilah mereka kekuatan dalam menempuhi dugaan mu.
No comments:
Post a Comment