Tuesday, August 11, 2009

H1N1 semakin kronik..

Bala yang diturunkan Allah ini amat mebimbangkan seluruh dunia. Semakin lama ia semakin merebak. Jumlah kematian juga meningkat dengan mendadaknya membuatkan kerisauan semakin bertambah. Hanya Allah lah tempat untuk kita berserah. Terlalu banyak maksiat dan kerosakkan hambaNya yang membuatkan Rabbi menurunkan bala yang sehebat ini. Terasa seperti menanti maut sahaja, maklum sahajalah penyakit ini terkadang menyerang tanpa menunjukkan simptom-simptom seperti yang telah dihebah-hebahkan. Ia bagaikan musuh dalam selimut, menyerang tanpa memberi amaran.

Allah swt mengingatkan :-

مَا أَصَابَ مِن مُّصِيبَةٍ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي أَنفُسِكُمْ إِلَّا فِي كِتَابٍ مِّن قَبْلِ أَن نَّبْرَأَهَا إِنَّ ذَلِكَ عَلَى اللَّهِ يَسِيرٌ

Ertinya : Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lohmahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. ( Al-Hadid : 22 )

Kadang-kadang pelik juga memikirkan apabila UiTM mengambil inisiatif untuk menutup semua cawangannya walaupun tidak semua cawangan dijangkiti penyakit ini. Natijahnya pelajar dikurangkan cuti sana-sini semata-mata untuk menyelaraskan cuti. Tambah mengejutkan lagi apabila mendengarkan khabar angin yang mengatakan UiTM akan ditutup untuk satu semester kerana pelajar yang menghidap penyakit semakin bertambah dari sehari ke sehari. Wajarkah?? Sedangkan pelbagai inisiatif yang lain masih belum dilaksanakan lagi.

Sepatutnya UiTM ini mewajibkan pelajarnya memakai pelindung muka bagi mengelakkan jangkitan. Tetapi apabila melihat sekeliling, saranan memakai pelindung muka seakan dipandang sepi. Seakan-akan tiada apa-apa natijah akan terjadi lagaknya. Sedang IPTA yang lain berhempas pulas mebuat kempen, bersama untuk membanteras H1N1, warga UiTM hanya memandang sepi isu ini. Tiada siapa yang mebangkitkan isu untuk mewajibkan pelindung muka ini. Yang difikirkan hanyalah cuti sahaja.

Nabi s.a.w :-

إذا سمعتم بالوباء بأرض فلا تقدموا عليه ، وإذا وقع بأرض وأنتم بها فلا تخرجوا فرارا منه

Ertinya : Apabila kamu mendengar terdapat wabak di satu kawasan, janganlah kamu memasukinya, dan apabila kamu wabak berlaku di satu kawasan, kamu pula berada di sana, janganlah kamu keluar dari kawasan tersebut untuk melarikan diri. ( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Apakah dengan cuti yang diberi mampu untuk membanteras wabak ini dari menular. Dapatkah kita memastikan pelajar yang bercuti ini tidak kemana-mana hanya berada dirumah sahaja sehingga berakhir tempoh kuarantin itu??Tentu sekali tidak mungkin. Maka pihak yang berkenaan haruslah memikirkan inisiatif yang lain dalam membendung wabak ini dari menular. Jangan 'banyak cawangan' itu dijadikan alasan. Kita mampu menghadapinya, berusaha, berdoa dan bertawakal lah kepada Allah supaya wabak ini reda. Kerana hanya dengan izin Allah sahaja semua ini terjadi.. Wallahua'lam..




Bersama sahabat-sahabat mengambil langkah berjaga-jaga..

Kenangan lama menerjah...

Kuterkenang segala peristiwa lalu..
Kembali ia menerjah fikiran..
Setiap perkataan yang menyentap hati..
Bagaimana harusku lupakan..
Cukuplah hanya sekali..
Bantulah diri yang lemah ini ya Allah..


Metafora
Album : Istimewa Tiada Dua
Munsyid : Nice
http://liriknasyid.com


Sekerat akar mampu kuhulur padamu
Di saat dikau terkapai dan kelemasan
Di arus hidup yang tinggal sejengkal cuma
Katamu kau tak bisa berenang ke sana

Engkaulah teman tanpa sangsi dan curiga
Setelah aku mendengar lirih ratapmu
Harumnya sekuntum melati di embunan pagi
Sewaktu kita melewati sebidang tanah perkebunan
Persahabatan

Tersasar aku di dalam mentafsir
Aksara jujur dan ketelusan yang terpamer di wajahmu
Terlalu naïf untuk ku fahami
Metafora puisi dusta dan personafikasi

Sukarnya untuk aku membuktikan
Kebenaran yang berpihak padaku
Kerna peluang langsung tiada padaku
Sedarlah aku erti senyuman
Ada dendam yang tidak pernah padam
Pada lirik matamu ada pedang tajam yang merejam
Ohh….

Terima kasih atas pengalaman itu
Mengajak aku kembali mengenal diri
Terpaksa lagi menyusuri jalan-jalan sepi
Masih bisakah kutemui sekuntum melati mewangi yang tidak berduri


......................................................................................................................................................................


Maafkan Teman
Album : Far East
Munsyid : Far East
http://liriknasyid.com


Hembusan bayu yang bertiup
Bersama deruan ombak
yang memukul pantai
Hatiku sayu bila mengenangkan
Perpisahan yang tak diundang

Bertahun kita melangkah bersama
Sela cita-cita buat bekalan ke sana
Harapan ayah bonda janji pada agama
Kitakan terus mara biarpun
badai yang datang melanda

Kita hanya mampu berusaha
Hanya Allah menentukannya
segalanya adalah milik-Nya
Dalam berusaha kita diuji
Kekadang tohmah kita dicaci
Diturutkan rasa hati ingin
dilepaskan beban ini

Mujur ada teman membantu
Sokonganmu buat inspirasi
Berpeganglah pada janji
kita yang dibina

Semoga kitakan dirahmati
Oh teman....

Lagu & Lirik: Ahmad Fadzli Bakar
BMG PUBLISHING (M) SDN BHD


Ku hargai segala pengalaman itu ya Allah...

Monday, August 10, 2009

Buat sahabatku Siti Mardhiah bt Mohd Nazeri..





Putih suci wajahmu sahabatku, amat manis dipandang
Sesuci hatimu yang tidak ternoda dek tipu helah duniawi
Kau adalah sahabat yang pertama yang ku kenali
Yang mempunyai latar belakang tarbiyyah yang sempurna
Bertuahlah dikau wahai sahabatku, kerana dirimu adalah wanita yang terpelihara
Kau ku kenali dikala kita bersusah payah mengenali bumi perlis
Menempuh segala dugaan bersama
Ku pernah menyesali diriku kerana pernah melukai hatimu
Kini ku merindui kehadiranmu
Kerana kini kau tiada lagi bersamaku berjuang menimba ilmu di bumi Perlis ini
Kau kini bahagia di bumi UKM bersama teman-teman barumu
Walaupun begitu, dengan hadirnya teknologi
Dirimu dan diriku masih tetap berhubung rapat seperti dahulu
Segala peristiwa suka dan duka yang menimpa dirimu tetap ku ketahui
Walaupun kita dipisahkan dengan 3 buah negeri
Kita tetap erat, menghargai hubungan yang ditakdirkan Allah ini
Kala ini, Ku tahu ada dugaan yang sedang menimpa dirimu
Ku harap dirimu tabah dan sabar menempuhinya
Doaku sentiasa mengiringimu sahabatku
Terima kasih kerana kau masih sudi memaafkan ku
Terima kasih kerana menerimaku sebagai seorang sahabat seadanya
Terima kasih kerana tidak pernah jemu mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraanku
Terima kasih kerana sudi menjadi sahabatku
Dikaulah sahabat yang sentiasa ku ingati..

Bomaq..Kami kembali..

Bomaq adalah salah satu restoran yang terletak di Kangar yang terkenal dengan kesedapan dan kecantikan tempatnya. Sangat kondusif untuk pengunjung menikmati makanan di situ. Maklum sahajalah, mereka menyediakan kemudahan 'wireless', dan mempunyai screen tv yang besar untuk para pengunjungnya.

Malam Ahad yang lalu, hari yang sama ku pulang dari program KRIS, ku dan rakan-rakan serumahku ke bomaq untuk menikmati makan malam. Memandangkan sudah lama kami tidak kesana, tambahan lagi mien dan lela ingin berbuka puasa apalah salahnya untuk kami menikmati makan malam di tempat yang indah ini.

Walaupun sebentar sahaja ku berpisah dengan rakan-rakanku lantaran menyertai program KRIS, tetapi diri ini amat merindui mereka. Gelak tawa mereka, usikan mereka, amat menyenangkan hati. Kuteringat peristiwa malam sabtu semasa ku mengikuti program KRIS, mereka (fatta, mien, lela dan ct) ke masjid UiTM Arau untuk menunaikan solat, lalu mereka menemui ku disana, erat ku peluk sahabat-sahabat ku, seperti telah lama berpisah lagaknya, hilang sedikit rindu yang bertamu. Cuma agak terkilan kerana tidak dapat melepaskan rindu pada uda dan ecah, kerana mereka pergi ke Tesco Alor Setar. Terima kasih sahabat, kalian amat ku hargai..










Pelbagai aksi dari sahabat-sahabat..

Peliharalah hubungan ini ya Allah..
Peliharalah perkataan dan perbuatanku agar tidak menyakiti mereka..
Ku sayangi mereka seadanya mereka..
Moga pengalaman yang lalu menjadi peringatan buat kami..
Cukuplah sekali kecewa..


Sunday, August 9, 2009

Kem Remaja Islam 2009..

Jumaat lalu, persatuan Ikatan Mahasiswa Madani (IMAM) UiTM telah menganjurkan kem bagi pelajar UiTM, bertempat di UiTM Arau selama 3 hari 2 malam. Dengan rasa terujanya ku membuat keputusan untuk menyertai kem ini. Maklum sahajalah, rohani ini terlalu rindu untuk disantap dengan program-program sebegini. Walaupun agak kelam-kabut ku membuat persiapan ke kem ini, namun semuanya berjalan lancar. Pelbagai peristiwa lucu yang terjadi sebelum ku pergi ke masjid di UiTM arau. Memandangkan telah lama diri ini tidak ke kem yang seperti ini, maka persediaan yang ku buat agak kelam-kabut sedikit. Nasib baik ada rakan sebilik yang membantu, jika tidak tentu segalanya menjadi sangat sukar untukku.

Yuran pendaftaran bagi program ini cuma RM5. Betapa murah yurannya, tidak setanding dengan program yang diadakan. Pelbagai aktiviti yang telah dianjurkan oleh pihak IMAM. Sebanyak 4 kuliyyah telah diberikan kepada kami sepanjang program ini. Kuliyyah yang pertama membincangkan tentang 'Syahadah', yang kedua tentang 'Islam, Iman dan Ihsan', yang ketiga berkenaan 'Akhlak Remaja dan Cabarannya Masa Kini' dan terakhir sekali ialah berkenaan dengan 'Usrah dan Kepentingannya'. Pelbagai pengetahuan yang ku dapat disepanjang program ini. Setiap satu kuliyyah memberi impak yang sangat besar pada diriku. Terasa diri kerdil, masih banyak ilmu yang perlu ku gali. Banyak waktu yang kusiakan selama ini. Semoga Allah mengampuniku..






Aktiviti yang paling menyeronokkan didalam program ini adalah counter strike. Betapa ketahanan mental fizikal para peserta diuji. Kami dikehendaki ke tempat yang ditunjukkan oleh fasilitator dengan segera. Tetapi disepanjang perjalan ini, kami akan diserang dari pelbagai penjuru. Aktiviti ini mengajak kami membayangkan bagaimana untuk kami menyusun strategi dalam mempertahankan islam tercinta. Kami seperti serikandi islam yang berjuang menentang musuh. Betapa hebat peserta-peserta dalam menyumbang idea dan tenaga bagi membantu sahabat-sahabat dalam misi menyelamatkan deen ini. Sanggup syahid demi Islam tercinta. Segala kepenatan tidak dirasai kerana semangat yang berkobar-kobar di hati setiap peserta. Ku terbayang ketika ini, bagaimana pula saudara-saudara seakidah ku yang berjuang bermati-matian di medan perang demi agama Allah ini. Hanya mereka yang diberi nikmat iman dan islam yang memahami erti perjuangan dan penderitaan saudara seakidah ini. Islam pasti akan gemilang suatu hari nanti.

Pada hari ketiga, kami diberi ujian yang berat oleh pihak fasilitator. Pukul 3 pagi kami dikejutkan dari lena bagi melunaskan cabaran terakhir program ini. Ketika inilah ukhuwwah yang terbina atas nama Allah ini diuji dengan pelbagai dugaan. Yang paling menghampakanku adalah ketidakmampuanku memikul amanah yang telah diberi kepadaku di awal program ini. Amanah yang berupa belon diarahkan oleh fasilitator untuk dibawa kemana-mana telah kutinggalkan di dalam beg di masjid. Sangat terkilannya diriku dan sahabat-sahabat tika dikatakan tidak beramanah. Dengan semangat yang berkobar ku dan peserta yang lain meminta fasilitator agar diberi peluang untuk kami menebus kesalahan kami. Tetapi malangnya amanah tesebut tidak dapat juga kami pelihara walaupun telah diberi peluang sebanyak dua kali. Tetapi kami tidak berputus asa, merayu lagi untuk diberi peluang kali ketiga. Kali ini muslimin berpadu dengan muslimat dalam mempertahankan amanah ini. Dengan berkat pengalaman dari kegagalan sebelum ini, kami lebih bersedia dari sebelumnya. Benteng pertahanan luar yang diterajui oleh muslimat kami bina bagi memelihara amanah yang sedang dijaga oleh muslimin dari dalam. Walaupun dikatakan muslimin bacul, tetapi itulah strategi kami. Akhirnya benteng pertahanan kami tidak dapat dibolosi oleh pihak musuh. Kami bersyukur kepada Allah. Menunjukkan pengalaman dan kesilapanlah yang mematangkan seseorang itu. Cuma, setiap insan harus segera kembali bertaubat setelah membuat kesilapan. Berusaha membaiki diri agar lebih baik. Jangan biarkan diri terus hanyut dek kelalaian.

Kala hening pagi setelah kami berhempas pulas mempertahankan amanah dan maruah yang diberi. Kami diajak bertafakur. Mengingatkan akan segala dosa-dosa kami, kepada Rabbi dan ibubapa. Jernih-jernih kaca menitis disetiap mata kami. Mengenangkan betapa membuih dosa yang telah kami lakukan. Apakah mampu kami kembali kepada Rabbi dengan diri yang bersih tiada noda. Apakah masih ada keampunan untuk kami. Ibu..Ayah..betapa banyaknya kami menyusahkan kalian, betapa kami tidak mampu membalas jasa-jasa kalian, betapa sabarnya kalian membesarkan dan mendidik kami. Semoga Allah dapat membalas jasa kalian yang tidak terhitung banyaknya itu. Alam jauh ku lihat di waktu itu, mengagungkan Allah, memuji setiap penciptanNya. Tiada cacat cela, setiap kali beristighfar, ada satu rasa yang singgah di hati, mengalir di setiap tubuh..Mengenang kembali dosa yang telah ku lakukan satu ketika dulu. Mensyukuri nikmat hidayah yang Allah beri, betapa Allah masih menyayangi diri ini walaupun terlalu banyak dosa yang telah kulakukan. Rasulullah amat ku rindui ketika ini, masihkah ada peluang untukku bersama denganmu di negeri yang abadi. Sedang diri kadang-kadang lupa untuk berselawat kepadamu, terkadang diri tidak sepenuhnya mengikut sunnahmu. Jika baginda masih hidup, tentu baginda merasa sangat kecewa dengan umatnya. Maafkan kami ya Rasulullah, syafaatkanlah kami di akhirat kelak. Kerana kau kekasih Allah. Ku tahu perasaan yang sama juga dirasai bagi setiap peserta.Hanya Allah yang tahu betapa kami mengharapkan keampunanNya.






Tafakur itu adalah aktiviti terakhir kami. Seusai solat subuh, terus kami bersiap untuk menghadiri majlis penutupan dan perpisahan program ini. Wakil dari muslimin, muslimat dan fasiliator memberikan ucapan. Setiap bait ucapan yang diberi kami hayati dan ambil iktibar. Sesungguhnya kem selama 3 hari ini amat tidak mencukupi bagi ku. Terasa masih banyak perkara yang perlu kupelajari, walaupun begitu ia adalah pengalaman ku yang amat berharga. Ukhuwwah kerana Allah yang terbina amat aku ku hargai. Betapa kami mempunyai matlamat yang sama, yakni mempertahankan agama Rabbi walaupun setiap daripada kami berasal dari latar belakang tarbiyyah yang berbeza. Hati tertaut kerana Allah, jika tidak dengan takdirnya juga tidak mungkin ku hadir ke kem ini, Alhamdulillah.. Wahai sahabat-sahabat ku, wahai adik-adik ku, kita bertemu dan berpisah kerana Allah..Bersamalah kita istiqamah dalam mempertahankan agama kita. Praktikkan apa yang telah kita pelajari di kem ini. Walaupun kalian tahu, betapa dugaan di dunia realiti itu lebih hebat untuk kita tempuhi. Marilah kita berganding bahu dalam menegakkan islam. Islam tidak akan gemilang jika umat berpecah belah. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Walaupun jumlah kita sangat sedikit di akhir zaman ini, tetapi bersyukurlah di atas nikmat yang telah Allah beri ini. Timbalah pengalaman dan ilmu sebanyak mungkin. Dengan pengalaman dan ilmu kita akan menjadi matang dan menjadi lebih baik dari hari ke hari. Betapa ku sayangi mereka kerana Allah. Terima kasih kepada fasilitator yang menganjurkan program ini, semoga Allah memberkati kalian dan membantu kalian dalam usaha kalian menyedarkan remaja-remaja yang semakin hanyut di akhir zaman ini.





Ya Allah terima kasih kerana memberikan ku nikmat iman dan islam..
Kuatkan lah hatiku untuk mempertahankan agamaMu.. Bantulah diriku supaya istiqamah..

Thursday, August 6, 2009

Belajar dari kesusahan..

Semalam adalah hari untuk ku dan rakan-rakan menyelesaikan hal yang tertangguh. Rabu adalah satu-satunya hari yang tidak padat jadual waktunya. Daripada hal pendaftaran streamyx, hal meja hinggalah pembelian barang-barang rumah yang masih lagi tidak mencukupi.

Memandangkan hal streamyx telah di serahkan kepada ct, lela dan mien untuk diselesaikan, maka tinggallah hal meja yang membuatkan ku ,ecah dan huda ke pejabat asrama Dahlia, UiTM untuk menyelesaikannya.

Huda yang tidak berapa memberangsangkan kesihatannya ku hantar ke klinik sebelum tugas mengambil meja diteruskan. Sejurus tiba di pejabat asrama Dahlia, ku dan ecah terus bertanyakan hal meja. Setelah berunding, kami disuruh melihat keadaan meja. Alangkah terkejutnya kami, meja yang hendak dilupuskan itu amat baik keadaannya dan sangat memuaskan hati rupa bentuknya. Alhamdulillah, terpancar riak riang pada wajah kami.

Cuma ada persoalan yang bermain-main di kotak fikiran kami. Memikirkan bagaimana cara untuk kami membawa meja-meja yang boleh tahan saiznya itu ke rumah sewa. Akhirnya keputusan dibuat untuk membawa hanya dua meja pulang ke rumah sewa pada permulaanya. Setelah menghantar huda dan meja pulang, kami menyambung untuk membawa pulang baki meja yang lain.





Keadaan dalam kereta yang disumbat dengan 4 buah meja..


Jenuh kami memikirkan, bagaimana untuk memasukkan 4 meja kedalam kereta, supaya kami tidak perlu berulang-alik semata-mata untuk membawa meja sahaja. Seteah pelbagai strategi dikemukakan, maka berjaya juga kami memasukkan meja-meja itu ke dalam kereta. Situasi ini emang mengajar kami erti kesabaran. Mencari jalan-jalan keluar dari setiap kesempitan dan kesusahan. Memaksa untuk akal berfikir secara kritis dan kreatif. Jauh dari keluarga memaksa kami untuk hidup sangat berdikari, mempelajari cara untuk menyelesaikan masalah luar dari sudut pemikiran yang biasa.





Model meja dan meja yang berselerakan..


Pada malamnya, kami serumah bertungkus-lumus mengemas rumah dan menyusun meja-meja yang ada. Walaupun penat, kami teruskan juga. Jika semakin kami bertangguh, makin berserabutlah keadaan rumah kami itu. Hasilnya??Amatlah menyenangkan hati, segala kepenatan terbayar..





Keadaan ruang tamu setelah dikemas...



Ya Allah kami mensyukuri segala nikmat dan dugaan yang telah Kau berikan...

Saturday, August 1, 2009

Damba Kasih..

Album : Damba Kasih
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com


Semakin jauh ku dari-Mu
Semakin dekat pula Kau menghampiri daku
Oh, Tuhan Yang Maha Pengasih
Siapalah diriku di pandangan-Mu

Semakin cuba ku dekati
Semakin kuat pula Kau mendugai aku
Oh, Tuhan Yang Maha Sempurna
Kerdilnya diriku di hadapan-Mu

C/O
Bagaimanakah nantinya tika berhadapan dengan-Mu
Sudikah Kau menerima hamba-Mu yang hina ini
Ya Allah Kau Maha Pengampun

Di bayangan mentari aku kealpaan
Dusta dunia penuh kepura-puraan
Di kala dini hari aku kepasrahan
Mendamba jernih embun kasih sayang-Mu Oh Tuhan

Andainya dihitung amalanku
Belum pasti dapat ku hampiri gerbang syurga-Mu
Oh Tuhan Yang Maha Pemurah
Hindari diriku dari siksa-Mu… Oh Tuhan

Kasih sayang-Mu Tuhan
Itu yang ku dambakan
Dengan rahmat-Mu ampunilah diriku..

Melodi: Manis Helma (Hijjaz Records Sdn. Bhd.)
Senikata: ITO Lara (Gurindam Entertainment) & Manis Helma (Hijjaz Records Sdn. Bhd.)
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd.