Showing posts with label puasa. Show all posts
Showing posts with label puasa. Show all posts

Tuesday, September 1, 2009

Sumbangan..

Hari ini satu pesanan ringkas telah di beri kepadaku oleh pihak IMAM. Aktiviti membalut kurma dan menampal risalah akan diadakan di masjid. Kurma dan risalah ini akan diedarkan kepada warga UiTM keesokan harinya. Gembira sungguh hati kerana dapat membantu dalam memperjuangkan syiar islam ini. Sedikit benar sumbangan yang mampu kuberi, Semoga selepas ini lebih banyak yang mampu kusumbangkan kepada islam. Semoga dengan usaha kami yang kecil ini mampu memberi impak kepada warga UiTM. Terima kasih kepada sahabatku ct dan lela kerana membantu kami. Terima kasih juga kepada ecah, uda dan mien kerana bertungkus lumus memasak di rumah, jasa kalian dikenang..


Lela dan ct..


Aktiviti membalut kurma dan menampal risalah..


Rabbi, bantulah hambaMu ini untuk melangkah..

Thursday, August 27, 2009

Berbuka bersama..

Rindu betul diri ini ingin berbuka dengan rakan-rakan yang ku sayangi ini. Maklum sahajalah, sejak ku melangkah ke medan perjuangan yang baru, ku jarang berada di rumah untuk bersama mereka. Terkadang mereka berhujung minggu tanpa diriku, berbuka puasa tanpa diriku. Maaf ya sahabat-sahabat sekalian. Maka dengan kesempatan yang ada, kami membuat keputusan untuk berbuka puasa bersama-sama, tambahan lagi keesokan harinya sahabat-sahabat ku ini akan pulang ke kampung masing-masing, tinggalah diriku dan ecah di rumah berdua, alahai sunyilah rumah tanpa yang lain.

Pada mulanya kami hanya ingin berbuka di Anjung Keli sahaja, tetapi lantaran tersilap informasi menyebabkan kami menuju ke Kuala Perlis. Sudah lama rasanya diri ini tidak kesana. Hujan yang amat lebat menyukarkan pergerakan kami. Keselesaan yang optimum juga tidak dapat kami rasai disebabkan keadaan lantai yang basah dan nyamuk yang melampau jumlahnya. Walaubagaimanapun kami bersyukur di atas segala nikmat yang Allah beri ini. Alhamdulillah, aktiviti yang dilakukan bagi mengeratkan lagi ukhuwwah antara kami berjalan dengan baiknya.




Sebelum berbuka



lela, mien dan ct kelaparan..


uda, ecah dan fatta kekenyangan..

Kami syukuri nikmat persahabatan yang diberi ya ALLAH..
Kami syukuri rezeki yang telah Kau beri..
Alhamdulillah..

Monday, August 10, 2009

Bomaq..Kami kembali..

Bomaq adalah salah satu restoran yang terletak di Kangar yang terkenal dengan kesedapan dan kecantikan tempatnya. Sangat kondusif untuk pengunjung menikmati makanan di situ. Maklum sahajalah, mereka menyediakan kemudahan 'wireless', dan mempunyai screen tv yang besar untuk para pengunjungnya.

Malam Ahad yang lalu, hari yang sama ku pulang dari program KRIS, ku dan rakan-rakan serumahku ke bomaq untuk menikmati makan malam. Memandangkan sudah lama kami tidak kesana, tambahan lagi mien dan lela ingin berbuka puasa apalah salahnya untuk kami menikmati makan malam di tempat yang indah ini.

Walaupun sebentar sahaja ku berpisah dengan rakan-rakanku lantaran menyertai program KRIS, tetapi diri ini amat merindui mereka. Gelak tawa mereka, usikan mereka, amat menyenangkan hati. Kuteringat peristiwa malam sabtu semasa ku mengikuti program KRIS, mereka (fatta, mien, lela dan ct) ke masjid UiTM Arau untuk menunaikan solat, lalu mereka menemui ku disana, erat ku peluk sahabat-sahabat ku, seperti telah lama berpisah lagaknya, hilang sedikit rindu yang bertamu. Cuma agak terkilan kerana tidak dapat melepaskan rindu pada uda dan ecah, kerana mereka pergi ke Tesco Alor Setar. Terima kasih sahabat, kalian amat ku hargai..










Pelbagai aksi dari sahabat-sahabat..

Peliharalah hubungan ini ya Allah..
Peliharalah perkataan dan perbuatanku agar tidak menyakiti mereka..
Ku sayangi mereka seadanya mereka..
Moga pengalaman yang lalu menjadi peringatan buat kami..
Cukuplah sekali kecewa..