Friday, July 24, 2009

Percutian yang tidak dijangka...

Tika ini ku sudahpun berada di rumah. Alhamdulillah, perjalananku malam tadi dipermudahkan Allah. Syukur yang tidak terperi ku panjatkan kepada Rabbi. Masih ku teringat peristiwa semalam yang mengacau-bilaukan hati dan fikiran hampir keseluruhan warga UiTM Arau, perlis. 'Message' yang diterima oleh sahabatku mien seusai menikmati juadah tengahari di Anjung Keli semalam merubah rancangan setiap orang. Kata 'message' tersebut, seluruh UiTM diisytiharkan bercuti selama seminggu. Setiap rakan-rakanku yang mendengarnya panik, termasuklah diriku sendiri. Masakan tidak, tiada ribut, tiada taufan, tiba-tiba diisytiharkan cuti. Apakah UiTM Arau telah diserang H1N1 juga???

Setelah mendapat kepastian daripada penasihat program, barulah kami merasa sedikit lega. Rupa-rupanya UiTM ingin selaraskan cuti kerana kampus cawangan yang lain di kuarantin disebabkan wabak H1N1. Allah menduga hambanya lagi, tatkala kami menyerbu stesen bas Kangar bagi mendapatkan tiket pulang ke kampung, kami melihat ramai orang yang berpusu-pusu untuk membeli tiket. Rata-rata dari mereka adalah pelajar UiTM. Tiket sangat laku tika ini, pisang goreng panaspun tidak mampu menandingi tahap jualannya. Setelah bersusah-payah beratur dan menunggu, akhirnya kami berjaya juga membeli tiket untuk pulang ke rumah malam itu juga.


Stesen bas Kangar yang tidak sesak langsung berbanding hari kejadian..


Benarlah takdir Allah itu tidak mampu kita duga. Kita sebagai manusia hanya mampu merancang, tetapi yang menentukannya hanya Allah yang Maha Esa jua. Siapa sangka kami akan berada di rumah sepanjang minggu ini. Siapa jangka semua ini berlaku. Allah Maha Hebat, hanya Dia yang tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.

Disebabkan takdir Allah, tidak perlu lagi diriku memonteng kelas lantaran ingin menghadiri temuduga biasiswa PROTON pada hari Jumaat hadapan. Sahabatku mien juga tidak perlu memonteng kelas kerana ingin melancong ke Indonesia. Cuti mengejut ini dapatlah merehatkan kami bertujuh yang berpenat-lelah menyelesaikan hal rumah sewa dan juga kereta. Cuti yang amat kami syukuri.

Terima kasih kepada sahabat yang ku sayangi, mien, lela, fatta dan adik yang sentiasa di hati, Hannan kerana sudi membantu dan menolong menghantarku di stesen Kangar. Terima kasih juga kepada sahabat yang kurindui ecah, uda dan ct kerana bersama-sama bersusah-payah mencari tiket. Jika ada umur yang panjang kita pasti bertemu lagi minggu hadapan.



Ukhuwwah yang terjalin dengan ikhlas atas nama Allah, amat payah untuk diputuskan. Perpisahan yang hanya sebentar cuma, kurasa akan berpisah selama-lamanya. Erat ku dakap rakan-rakanku semuanya, membuatkan ku hampir menitiskan air mata. Sabarlah wahai hati, sabarlah wahai sahabat-shabatku sayang, bertemu dan berpisah kita hanyalah kerana Allah. Semoga hubungan kita makin erat selepas ini. Semoga Allah menjaga hubungan kita.


Nilah hasilnya kalau tangkap guna kamera hp di kala malam. Maaf ya kawan-kawan.. :)


Ukhuwwah itu bukan pada indahnya pertemuan, tapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya, Kuharapkan mekar di hati agar persahabatan suci ini kan terus mantap, menjadi syafaat terukir indah di pintu jannah...

Thursday, July 23, 2009

Rezeki Allah..

"Assalamualaikum amal, interview amal ditunda ke hari Jumaat", berita dari ayah amat menggembirakan. Setelah ayah berunding dengan pihak PROTON, akhirnya mereka bersetuju untuk menunda tarikh yang sepatutnya pada 27/07 kepada 31/07. Alhamdulillah, Tenang ku memuji Rabbi.


Tidak ku sangka, temuduga ku yang pertama telah diterima oleh pihak PROTON, kini aku harus berhempas pulas memenangi hati pihak atasan mereka bagi mendapatkan bisiswa mereka. Masih ku teringat pengalaman ku ditemuduga mereka, lagaknya seakan bersembang sahaja, sedangkan hanya Allah yang tahu betapa diri ini gementar di ketika i tu. Tambahan pula ketidakfasihan ku berbahasa Inggeris membuatkan setiap maklumat dan pandangan yang ingin ku utarakan tidak dapat disampaikan dengan sempurna. Maklum sahajalah, jika berkenaan dengan bahasa, tidak mampu kita kuasai dengan baik jika kita tidak mempraktikkannya pada perbualan seharian kita.

Terima kasih Rabbi di atas nikmat yang Engkau berikan padaku. Demi Allah yang Maha Pemurah, jika tidak kerana ketentuanMu, tidak mungkin aku berjaya pada temudugaku yang pertama itu. Masih juga kau sayang kepadaku walaupun banyak dosa yang telah kulakukan kepdaMu. Siapa sangka rezeki ku untuk mendapatkan biasiswa PROTON ini semakin cerah, mengenangkan tawaran ini ku ambil tatkala diri ini sudahpun berada di semster ke 4, pasti mereka berasa hairan. Tidak mengapalah, memandangkan niat asal ku ingin mengambil biasiswia ini ialah untuk berkhidmat kepada PROTON setelah tamat pengajianku nanti.

Maka nikmat-nikmat Tuhan yang mana satukah yang kamu ingin dustakan (Surah Ar-Rahman)

Ya Allah, semoga rezeki ini milikku,
Banyak yang ingin ku bantu jika aku mendapat rezeki ini.. Permudahkanlah ya Allah.. kerana Kau Maha Pemurah..

Wednesday, July 22, 2009

Kecuaian insan..

Alhamdulillah, hari ini suasana yang damai dan mengasyikkan dapat ku nikmati di bumi Arau ini. Hujan sejak dari pagi lagi amat menyamankan. Rahmat yang Rabbi turunkan amat ku syukuri. Jika nak dibandingkan di tempat lain, kita masih bertuah kerana rahmat Allah ini masih sudi untuk membasahi bumi kita.

Titisan kedamaian...

Pasar malam di stadium Kangar kami jejaki, bagi mencari sesuap rezeki untuk kami santapi. Tika aroma hidung menikmati harumnya bau kebab, rakanku yang bertiga (mien, lela, ct) datang menghampiri ku. Berita yang sungguh tidah enak ku dengari. Segala isi di dalam dompet ct hilang entah ke mana. Mungkin tercicir kata mereka, melihatkan zip dompetnya yang terbuka, sah sahabatku ini lupa untuk menutup dompetnya itu. Alahai sahabat, beratnya dugaan menimpa dirimu. Kata mereka telah beberapa kali mengulang perjalanan yang pernah mereka lalui, tetapi bayang isi dompet itu tidak jua kelihatan..



Sesak-sesak


Semoga dirimu lebih berhati-hati sahabatku, lumrah manusia bersifat lupa dan cuai. Sedangkan maksud perkataan insan itu sahaja adalah lupa. Cuma, kita haruslah berusaha menanganinya, mengambil langkah berjaga-jaga pada setiap perbuatan, tidak kira apapun jua. Kerana dikhuatiri kerana kecuaian diri, mengundang sesalan yang tiada akhirnya.

Kasihan kepada sahabatku, terpaksa berhempas pulas membuat kembali kad pengenalan, lesen, kad bank dan bermacam lagi kelecehan yang terpaksa di tempuhi. Jika hilang wang tidaklah menjadi masalah sangat. Kalaulah dugaan ini terjadi padaku, mampukah aku menghadapinya.

Berserahlah pada Allah wahai sahabatku, pohonlah bantuan dariNya. Berdoalah semoga barang-barangmu yang hilang itu ditemui dan disimpan oleh yang bertanggungjawab dan dikembalikan kepadamu dengan sempurnanya. Hanya Allah yang mampu membantu kita tika ini. Apalah daya ku dan rakan-rakan yang lain untuk membantumu. Hanya dengan bantuan doa yang mampu kami beri, semoga dirimu tabah menghadapinya.


Semoga barang-barangmu itu ditemui sahabatku..
Semoga Allah permudahkan urusanmu..
Semoga muncul seorang insan yang akan membantu mu mempermudahkan urusan mu...

Tuesday, July 21, 2009

Mampukah kita diuji...

Hari ini seorang sahabat mengadu akan masalahnya. Kasihan melihat dia, sehingga bengkak matanya lantaran ingin menjaga hati sahabat-sahabat, hati sendiri remuk redam..Patutlah ku lihat dia murung tatkala ku menegurnya. Rupanya ada masalah..

Sabarlah wahai sahabat, hanya itu yang mampu kukatakan padanya. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul...Allah tidak akan membebani kita dengan dugaan yang tidak mampu kita tangani..dugaan yang diberi sesuai dengan tahap iman kita, jika kita sabar, InsyaAllah kita akan perolehi nikmat yang sangat-sangat kita tidak sangka..Nikmat yang sangat manis..

Semua orang tidak sempurna, setiap insan pasti ada dugaan yang akan menimpa mereka. Bagaikan itulah syarat kita sebagai khalifah di muka bumi dan hamba Allah yang Maha Esa. Semakin kuat iman kita, semakin kuat kita diuji. Makin kita diuji makin kita terasa dekat dengan Allah. Setiap saat hati dan mulut akan sentiasa berzikir kan asma'nya. Mengharapkan keampunanNya..

Terfikir sejenak adakah disebabkan dosa yang lalu, kita diuji sebegitu rupa. Tetapi wahai insan, mungkin ini hadiah dari Allah, mungkin setiap ujian ini adalah kaffarah bagi dosa kita. Tidak tertanggung segala dosa yang telah kita lakukan. Dengan ujian ini sekurang-kurangnya dapatlah mengurangkan dosa-dosa kita yang banyak bagaikan buih di lautan.

Setiap ujian ada kemanisannya, mengajar kita erti kehidupan, mematangkan diri. Tetapi malanglah bagi yang tidak mampu menanganinya. Semakin diuji semakin dia jauh dari Rabb nya. Na'uzubillah, semoga kita tidak menjadi sebahagian dari golongan itu..

Demikianlah, dan barangsiapa membalas seimbang dengan penganiayaan yang pernah ia derita kemudian ia dianiaya (lagi), pasti Allah akan menolongnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun. (Pertolongan yang dijanjikan Allah tetap berlaku) kerana Allah berkuasa menukar gantikan sesuatu keadaan sebagaimana kuasa-Nya memasukkan malam pada siang dan memasukkan siang pada malam (silih berganti); dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha Mendengar Lagi Maha Melihat. (al-Haj: 60, 61)

Rabbi, bantulah aku hadapi dugaan-dugaan yang Engkau beri dengan sabar dan tabah...
Jika dugaan yang Engkau beri ini adalah kaffarah di atas segala dosa-dosa ku..
Aku pasrah ya Allah..
Semoga diri ini tiada noda dikala ku bertemu denganMu..

Monday, July 20, 2009

Kali pertama..'Maut' menginsafkan..

Hari ini hari pertama ku bertemu dengan bakal-bakal rakan seangkatanku. Wajah-wajah tenang kutatapi di masjid. Bertemankan rakan serumahku ct dan yan, segalanya menjadi mudah. Tidak ku terasa kekok memulakan langkah pertama ini..

Bermula dengan acara berbuka puasa, kami bersama-sama menikmati rezeki yang Allah turunkan. Terasa lega apabila seteguk air mengalir di tekak ini. Setelah itu kami berjemaah solat maghrib, mengumpul pahala 27 kali ganda yang telah dijanjikan Allah..InsyaAllah..

Maut, mendengar tajuknya cukup meremangkan bulu romaku. Walaupun sudah pasti setiap manusia pasti merasai mati. Namun hati ini tetap berdebar mendengarkan perkataan itu. Memikirkan dosa yang pernah, sedang dan akan ku lakukan, mengenangkan amal yang belum cukup ku lakukan, membuatku terfikir sejenak. Mampukah diri ini ke syurgaMu, mengharap belas kasihan dariMu, bertemu denganMu penciptaku..

Alam barzakh, alam perantaraan setelah kematian dan hari kiamat..Alam yang di mana setiap manusia bakal disoal oleh dua makhluk mulia yang dipertanggungjawabkan oleh Allah akan tugas itu. Munkar dan Nakir, nama yang cukup menggerunkan bagi setiap manusia. Soalan bocor yang bakal dikemukakan telah diketahui oleh setiap orang, namun adakah mampu kita menjawabnya. Tepuk dada tanyalah iman.

Malaikat ini bertanya: ""Siapa Tuhanmu?" Maka dijawab: "Saya tidak tahu". Lalu ditanya: "Apakah agamamu?" Maka dijawab: "Saya tidak tahu" Ditanya lagi: "Bagaimana pendapatmu terhadap orang yang diutuskan ditengah-tengah kamu?" Dijawab: "Saya tidak tahu". Lalu ditanya: "Bagaimanakah kamu mengetahui itu?" Maka dijawab: "Saya tidak tahu" Maka terdengar suara seruan dari langit: "Dusta hambaku, hamparkan untuknya dari neraka dan bukakan baginya pintu neraka, maka terasa olehnya panas hawa neraka, dan disempitkan kuburnya sehingga terhimpit dan rosak tulang-tulang rusuknya, kemudian datang kepadanya seorang yang buruk wajahnya dan busuk baunya sambil berkata: "Sambutlah hari yang sangat jelek bagimu, inilah saat yang telah diperingatkan oleh Allah kepadamu." Lalu ia bertanya: "Siapakah kau?" Jawabnya: "Aku amalmu yang jelek." Lalu ia berkata: "Ya tuhan, jangan percepatkan kiamat, ya Tuhan jangan percepatkan kiamat."

Jika di alam ini kita sudah merasai kenikmatan, maka nikmat itu akan berpanjangan sehinggalah ke akhir perjalanan kita bertemu rabbi dan begitulah sebaliknya...Belumpun sempat kita dihitung amalan di mizan, kita telah pun diperlihatkan balasannya di alam kubur.

Tika ini apalah ertinya harta, keluarga dan pangkat. Semuanya tidak dapat membantu kecuali sedekah yang telah kita laburkan, doa anak yang soleh dan juga ilmu yang mendatangkan manfaat. Wahai diri, sedarlah bahawa maut itu hampir dan pasti. Bersedialah wahai diri, kerana walau sebesar zarahpun pahala dan dosa kita tetap dikira...


Rabbi, matikanlah aku didalam iman.
Ampunkanlah dosaku yang banyak bagaikan buih di lautan..
Terimalah segala amalku..
Kasihanilah daku ya Allah, yang mengharapkan keampunanmu..
Impianku ingin bertemu denganMu di negeri yang kekal abadi..
Amin..

Sunday, July 19, 2009

Dugaan yang menyenangkan...

Telah lama tidak dapat ku menulis, lantaran kesibukan yang melanda..Kini ku kembali menulis lagi..menceritakan hari-hari yang ku tempuhi bersama rakan-rakan dengan susah dan payah..

Hari pertama kembali ke arau, aku telah dikhabarkan bahawa aspuri telah penuh, hilang arahku, patah kakiku...Dimana harus ku dapatkan rumah sewa sesingkat ini...Sekitar uitm telah ku lalui mencari tempat berteduh..namun hampa..

Kerana dugaan ini, ku telah dipertemukan dengan keluarga yang terdiri daripada soleh dan solehah. Terima kasih kepada Fatahiyah, rakan sekelas ku..kerananya aku mengenali keluarga Mak Andaknya..Pasangan suami isteri ini bertuah kerana anak-anak perempuan mereka Huda melanjutkan pelajaran ke Universiti Darul Iman dan juga Hanan bakal melanjutkan pelajaran ke Al-azhar mengikuti jejak langkah ibu bapa nya..Wahai keluarga yang diberkati Allah berbahagialah kamu kerana menjadi antara insan-insan yang bertuah...

Setelah kepayahan mencari rumah ditempuhi, setelah kesusahan membaiki kereta yang rosak dijalani, akhirnya nikmat yang tak terhingga telah Allah beri.. Syukur pada Mu Rabbi...Rumah berdekatan dengan uitm telah kami perolehi..walaupun kelengkapannya tidak sempurna..tapi mampu untuk memelihara kami dari panasnya matahari, dari kedinginan malam..dan juga InsyaAllah dari musuh yang durjana..

Tika kesusahan ini, satu hubungan bernama persahabatan diuji..Terima kasih buat keluarga dan sahabat-sahabat yang memahami, yang bersama menempuhi dugaan..yang sabar dan menggembirakan hati..Tanpa kalian tidak mungkin ku dapat menempuhinya sendiri..Ecah, uda, fatta, ct, mien dan lela..nama-nama yang banyak memberi jasa kepadaku dikala diriku diuji..Rabbi, terima kasih dengan nikmat iman ini, jika tidak kerana cintaku kepadaMu jua, aku mungkin tidak mampu menanganinya...




Setiap dari mereka mempunyai keistimewaan tersendiri.. (Hep2 fatta..where is the 'LOVE'...)



08/Julai/1986...Dihari jadiku juga sahabat-sahabat ini tetap mengembirakan..walaupun satu rancangan telah dibuat untuk mengenakanku, namun tidak ku marah pada mereka..kerana mereka sahabat yang dekat di hati..terima kasih sahabatku sayang kerana kenangan ini..terima kasih kerana kek yang sedap itu..terima kasih keranan doa kalian...terima kasih kerana menerima ku seadanya..kalian adalah sahabat terbaik yang dianugerahkan oleh Allah di saat diriku jauh dari keluarga..Semoga hati-hati yang terpaut kerana Allah ini tetap bersama walaupun pelbagai dugaan bakal kita tempuhi di hari yang mendatang..


Kakkun Lazazi :)..Terima kasih sahabat-sahabat..Mahal nih..Kesian korang..



Pertemuanku dengan bekas ahli bilik uda membuatkan hati ini gembira sekali..Terasa Allah begitu dekat, terlalu gembira kerana Allah telah memakbulkan doaku..Alhamdulillah..aku sudah selangkah menuju usrah..sudah lama aku impikan ditarbiyyah..sudah lama aku ingin didampingi insan-insan yang menegakkan panji agama Rabbku..

Ya Allah permudahkan urusan ku, Tetapkan hatiku pada jalanMu..
Janganlah hati ini berpaling setelah engkau memberi petunjuk..
Semoga dengan kesibukan mendalami agamaMu dapat mententeramkan hatiku..
Alhamdulillah Rabbi kerana diriku masih diberi peluang olehMu...

Thursday, June 25, 2009

Kembali lagi...

Sudah lama tidak menulis, perasaan kekok menyelubungi.. Pelbagai dugaan dan pengalaman yang ditempuhi disepanjang tempoh diri ini tidak menulis.. Dari peristiwa perkahwinan rakan sekelas Norafeah hinggalah reunion DTK yang bertarikh 6 JUN 2009 hingga 7 JUN 2009, bertempat di Agrotek Resort Ulu Langat..Semuanya masih segar didalam ingatan...

Hari ini ada khabar gembira dari seorang sahabat yang baru pulang ke Malaysia dari bumi Anbiya'. Pulang bercuti katanya..Alhamdulillah..akhirnya sahabat itu selamat menjejakkan kaki ke tanah air tercinta...Semoga beliau dalam lindungan Allah...

Bulan Rejab kembali lagi..bulan Allah..Bersamalah kita mengimarahkan bulan ini..

Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah
muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat. Sabda Nabi s.a.w.:
Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan
umatku.

Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya,
Sya'aban dengan malam NISFUnya
Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.

Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)
* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).

* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

* Puasa tiga hari pada bulan Rejab d! ijadikan parit yang panjang, yang
menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).

* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan
daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari
kiamat.
*Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.

* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.

* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu
neraka.

* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.

* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu,
MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.

* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan
perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari
kiamat.
* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di
dalam
syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di
hadapan
mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.

* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah
lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya
(pembaharuan umur).
Berkata Saidina Ali:

* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.

Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur'an atas
segala Qalam.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun! dan diberi
minum air dari Syurga.

Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat
di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya.

Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan
pahalanya.

Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang
yangmeminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib
baginya:

* Diampunkan dosanya yang lalu.
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.

Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah
tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti.

Sasiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar,
dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan,
diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan.

Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab
seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan
seribu bidadari, lebih cantik daripada atahari seribu kali. Bulan Rejab
bulan Allah.

Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana
kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah.Allah jadikan di belakang bukit Jabal
Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji
berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat
Muhammad. Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka!

Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi danpetang 70
kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api
neraka.

Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya:
"Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian
Ku dankebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu
dibawah `arasyKu, engkau kekas! ihKu daripada segala makhlukKu, engkau
terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan
antarakau".(dari kitabRaudatul Ifkar)

Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya.
Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran
hari ISRAK-MIKRAJ.

Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada
bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam
syurga Firdaus.

Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya
(berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun.Diampunkan baginya 70
dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya
daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang
suhuf (ketika Qur'an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.

Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah,
kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemulia! an bulan Rejab itu
maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya
yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada
siangnya dan beribadat pada malamnya. Demikianlah peri keistimewaannya
keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.

REJAB bulan menabur benih.
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.

REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.

REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.

P E R H A T I A N
Beramalah menurut kemampuan masing-masing, jika tidak dapat
melaksanakannya janganlah ditinggalkan semuanya.