Wednesday, March 17, 2010

Epilog hati..

Ku kekang diri dari bertindak liar,
Ku arahkan hati supaya tunduk kepada arahan Rabbi,
Ku melawan tujahan tombak nafsu demi maruah diri,
Ku menggadai kelalaian demi deen tercinta..

Tidak semua memahami hati ini,
Hanya pejuang memahami perjuangan,
Hanya pengemis cinta rabbi yang menghargai nikmat nyawa yang diberi,
Hanya pegenggam bara api mengetahui peritnya mempertahankan maruah diri..

Ku pernah berpaling dari jalan perjuangan ini,
Namun kerana kasihnya Rabbi,
Ku kembali mengemis cintaNya,
Merangkak perlahan berpaut di pintu taubat,
Menghindar jeriji dosa,
Mengharap simpati Pencipta , supaya dianugerahkan keampunan..

Bangkitnya diriku demi kegemilangan islam,
Pantasnya hayunan langkah demi menegakkan panji-panji agama,
Ku ingin mereka yang dekat di hati merasai manisnya nikmat iman dan islam,
Ku ingin kembali menyambung kasih dan ukhuwwah dengan mereka di negeri yang kekal abadi,

Bermukim di dipan-dipan yang indah,
Bertemankan bidadari-bidadari dan pemuda-pemuda syurgawi,
Bersama mengalunkan zikir-zikir yang indah,
Bersama menikmati kesempurnaan syurga Allah,

Namun ku akui, hidayah dan petunjuk hanyalah milik Allah..

Saban waktu doaku zikirkan,
Agar hidayah dan petunjuk Allah menyentuh hati kita,
Meratapi dosa lalu, berperang melawan nafsu,
Agar kita kembali kepada pencipta..

Lupakah kita wahai sahabat-sahabatku,
Islam pernah gemilang??
Yakinlah bahawa kita mampu mengulanginya lagi,
Perjuangan itu terlalu berat jika sendirian..

Ingatlah!!!!!
Setiap yang meyakini keEsaan TuhanNya,
Setiap yang meyakini kerasulan kekasih Tuhannya,
Wajib baginya menyambung rantai-rantai perjuangan agama ini,
Allahu akbar!!!!

No comments:

Post a Comment