Saturday, January 23, 2010

Diam-diam ubi..

Belumpun sebulan ku berada di bumi Perlis, diri ini telahpun di kelilingi pelbagai aktiviti yang mencabar minda dan fizikal. Walaupun diri masih di dalam keadaan yang masih penat menyelesaikan hari mula pengajian, walaupun hati terasa berat untuk memulakan kembali kesibukan diri, namun ku gagahi juga..Demi Allah dan RasulNya..

Ku mensyukuri nikmat Allah yang memberiku pengalaman untuk menjadi fasilitator bagi program Kem Remaja Islam yang dianjurkan oleh IMAM. Dulu ku pernah menjadi seperti mereka, melihat mereka mengingatkan ku pada pengalaman yang lalu. Kini acuan baru kami bentuk untuk islam terus gemilang, untuk melahirkan pejuang-pejuang agama yang berhati kental dan waja.

Semester ini ku diberi amanah untuk memegang usrah adik-adik junior semester 1, langkah perjuanganku semakin panjang dan pantas, rasa seperti baru semalam diri ini menyertai IMAM, ku amat berterima kasih kepada sahabat-sahabat yang memberi kepercayaan kepada diri yang serba kekurangan ini. Betapa diri ini ingin sekali mengajak adik-adik ini merasai nikmat iman dan islam seperti yang ku rasa.

Terlalu banyak kisah dan peristiwa yang tidak mampu ku coretkan diri, banyak hati yang perlu ku jaga, ada amanah yang perlu kupelihara. Semester ini menyaksikan kesibukan dari hari ke hari. Maklum sahajalah ku sudahpun hampir tiba ke garisan penamat di perlumbaan ku di bumi Arau ini. Semoga Allah mempermudahkan urusan ku. Ku tahu Dia ada di sisi..

YA ALLAH..
kupernah memohon kesibukan ini, bantulah ku mengurus masa,
semoga yang dikejar ku dapati, yang dikendong tidak tercicir..

Monday, January 4, 2010

Reunion SMKAM



Ku mengimbau sejenak malam Reunion sekolah menengah ku (Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Megah) pada malam 2 haribulan Januari yang lalu. Majlis bertempat di Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Walaupun kedatangan ku agak lambat, namun keterujaan jelas terserlah di wajahku dan sahabat-sahabatku. Walau terpisah dek jarak dan masa, namun hubunganku dan sahabat-sahabat baikku sewaktu di sekolah dulu tetap erat terjalin, seakan kami tidak pernah berpisah sebelumnya ('Best Friend Forever').


Ku amat mengagumi kesungguhan ahli jawatankuasa yang amat bertungkus-lumus dan tidak berputus asa dalam menjayakan reunion kali ini. Walaupun ku tahu bukan mudah untuk mengelola majlis ini, namun mereka tetap mesra dan ceria melayan karenah sahabat-sahabat. Senyum dan kepuasan sahabatlah menjadi penawar penat lelah mereka, stinggi-tinggi syabas dan tahniah kepada sahabat-sahabatku, tanpa kalian mana mungkin majlis berjalan selancar ini. InsyaAllah, jika ada rezeki dan umur yang panjang perancangan kalian lima tahun lagi akan terlaksana..Kita bertemu lagi di Family Day SMKAM!!..