Tiga hari ku berada di Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Ahmad, Tambun Tulang, Perlis menyimpan seribu kenangan dan kemanisan. Inilah sekolah yang menyaksikan seribu hikmah Allah tersingkap. Sejuta ragam yang dipamerkan oleh adik-adik disana, mengajar erti kesabaran menyingkap kuasa Allah yang Maha Esa.
Mereka masih bertuah kerana tidak terdedah dengan dunia luar yang penuh dengan pancaroba, bermastautin di kawsan yang masih terpelihara santun akhlaknya, beribu bapakan mereka yang masih mengamalkan tradisi orang dulu-dulu membuatkan mereka jauh berbeza dengan sikap orang yang bermastautin di kota-kota metropolitan. Nakal mereka berlainan, tingkah mereka meletihkan namun menyenangkan.
Namun, satu peristiwa yang tak mampu kulupakan yang membuatkan jari ini gagah juga menulis walaupun badan terasa penat, akal terasa sangat lelah. Ku bertemu dengan insan yang istimewa, menjadi bukti kebesaran Ilahi. Bahawa Dialah pengatur segalanya, Dialah yag menentukan segalanya. Wajah yang kusentuh tika Ramadhan yang lepas dapat ku sentuh lagi kali ini tanpa kusedar bahawa dialah insan itu, biarlah hanya kami yang mengetahui kisah disebaliknya. Menggeletar segala urat di tubuhku, berjujuran air mata mensyukuri nikmat yang Allah beri, segalanya indah jika ukhuwah terjalin kerana Allah. Malam tautan hati menjadi medan bagi melunakkan lagi hati yang sudah sedia diketuk Allah. Berbahagialah kamu yang diberi petunjuk dan hidayah oleh Allah.
"Wanita itu pernah memegang mukaku kala pertama, tapi aku tidak mengenalinya, kali kedua dia memegangku, aku rasa pegangan yang sama, baru aku tahu itu dia ~~insan yang disayangi Allah"
No comments:
Post a Comment