Saturday, January 23, 2010

Diam-diam ubi..

Belumpun sebulan ku berada di bumi Perlis, diri ini telahpun di kelilingi pelbagai aktiviti yang mencabar minda dan fizikal. Walaupun diri masih di dalam keadaan yang masih penat menyelesaikan hari mula pengajian, walaupun hati terasa berat untuk memulakan kembali kesibukan diri, namun ku gagahi juga..Demi Allah dan RasulNya..

Ku mensyukuri nikmat Allah yang memberiku pengalaman untuk menjadi fasilitator bagi program Kem Remaja Islam yang dianjurkan oleh IMAM. Dulu ku pernah menjadi seperti mereka, melihat mereka mengingatkan ku pada pengalaman yang lalu. Kini acuan baru kami bentuk untuk islam terus gemilang, untuk melahirkan pejuang-pejuang agama yang berhati kental dan waja.

Semester ini ku diberi amanah untuk memegang usrah adik-adik junior semester 1, langkah perjuanganku semakin panjang dan pantas, rasa seperti baru semalam diri ini menyertai IMAM, ku amat berterima kasih kepada sahabat-sahabat yang memberi kepercayaan kepada diri yang serba kekurangan ini. Betapa diri ini ingin sekali mengajak adik-adik ini merasai nikmat iman dan islam seperti yang ku rasa.

Terlalu banyak kisah dan peristiwa yang tidak mampu ku coretkan diri, banyak hati yang perlu ku jaga, ada amanah yang perlu kupelihara. Semester ini menyaksikan kesibukan dari hari ke hari. Maklum sahajalah ku sudahpun hampir tiba ke garisan penamat di perlumbaan ku di bumi Arau ini. Semoga Allah mempermudahkan urusan ku. Ku tahu Dia ada di sisi..

YA ALLAH..
kupernah memohon kesibukan ini, bantulah ku mengurus masa,
semoga yang dikejar ku dapati, yang dikendong tidak tercicir..

3 comments:

  1. selamat teruskan usaha akak dalam jalan dakwah dan tarbiyah akak!!...moga kita tetap bersatu atas nama Islam walau memilih wadah berlainan dalam memperjuangkannya...moga ukhuwwah ini terbina atas dasar iman.

    ReplyDelete
  2. salam,kak amal...
    mungkin ini midpoint bagi langkah akak utk berbakti buat islam...moga kita senantiasa dalam rahmatnya serta berada dlm golongan mukminah yg bersabar.:)

    ReplyDelete
  3. salam kepada adik2..
    min ya rabb,
    terima kasih atas kata-kata semangat.. :)

    ReplyDelete