Khabarkanlah kepada hamba-hambaKu (wahai Muhammad), bahawa Akulah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani (bagi mereka yang bertaubat dan beramal soleh).
(Surah Al-Hijr - 49)
------Assalammualaikum, dengan nama Allah------
“Ya Allah, sesungguhnya aku meminta pilihan yang tepat kepadaMu dengan ilmu pengetahuanMu dan aku mohon kekuasaanMu (untuk mengatasi persoalanku) dengan kemahakuasaanMu.
Aku mohon kepadaMu sesuatu daripada anugerahMu Yang Maha Agung, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa sedang aku tidak berkuasa. Engkau mengetahui sedang aku tidak mengetahui dan Engkau adalah Maha Mengetahui hal yang ghaib.
Ya Allah, apabila Engkau mengetahui bahwa urusan ini adalah baik untuk agamaku, kehidupanku, dan akibatnya terhadap diriku, di dunia atau akhirat, maka takdirkanlah untukku, mudahkan jalannya, kemudian berikanlah keberkatan.
Akan tetapi apabila Engkau mengetahui bahwa persoalan ini berbahaya bagiku dalam agamaku, kehidupanku dan akibatnya terhadap diriku, maka jauhkanlah persoalan tersebut dariku dan jauhkanlah aku darinya, takdirkan kebaikan untukku di mana pun ia berada, kemudian berilah kerelaanMu kepadaku”
(HR. al-Bukhari)
Cetusan rasa..
Hati.. Hentilah menduga imanku.. Ku tahu betapa tidak tenangnya keadaanmu.. Ku tahu ada secebis rasa yang mengganggumu.. Bersabarlah menanti janji Rabbi yang pasti.. Dirimu hanya perlu bersedia.. Menjadi hamba yang sentiasa patuh pada Pencipta.. Supaya dirimu sentiasa disayangiNya.. Supaya dianugerahkan yang terbaik untuk dirimu.. Tenanglah wahai hati.. Sabarlah wahai diri.. Menanti janji yang pasti..
Permata dunia kurniaan Illahi, Cintanya kepada Illahi melangkaui cintanya kepada manusia, Tulus hatinya dipenuhi rasa kasih dan sayang kepada seluruh alam, Hening matanya berzikir di dalam hati, Memecah tembok-tembok mazmumah.
Permata dunia kurniaan Illahi, Menenangkan hati, mententeramkan jiwa, Menyambung zuriat, meramaikan ummah, Mencorak masa depan generasi, Bersama menuju syurga yang abadi.
Permata dunia kurniaan Illahi, Mendambakan pertemuan dengan Penciptanya, Mengidam rasa tenang diselimuti rahmat Illahi, Menepis asakan ke lembah hina neraka, Menggenggam erat tangan-tangan yang lain menuju redhaNya.
Permata dunia kurniaan Illahi, Dialah jua permata syurga penghulu bidadari, Yang jeli matanya, Yang ayu simpuhnya, Yang harum aromanya, Yang teguh imannya….
Menari-nari sekalian angkatan syaitan melihat umat manusia disumbat akalnya dengan kisah-kisah mistik dan seram yang tidak terkawal dewasa ini. Jenuh memikirkan di mana rasionalnya pihak yang membenarkan filem-filem dan drama-drama seperti ini di lambakkan di media-media penyiaran. Aneh pemikiran manusia, keuntungan dunia dikejar berbalaskan keruntuhan akhlak dan nilai kerohanian.
Amat sedikit insan yang sudi menggunakan bakat yang mereka ada untuk menyedarkan manusia, sekaligus menempah saham akhirat yang tidak putus-putus disebabkan natijah filem-filem/drama-drama yang mereka hasilkan. Paling menyedihkan mereka yang islam meranapkan lagi iman saudara mereka sendiri. Tidakkah mereka sedar media-media massa adalah senjata yang paling ampuh untuk mempengaruhi akal manusia? Kini islam dipandang hina dan sepi dek mereka yang tidak memahami. Sudahlah berita-berita muttakhir memaparkan keganasan dan pemberontakan islam, ditambah pula filem/drama yang menjelekkan lagi imej islam itu sendiri. Sehinggakan yang menganuti islam lupa akan landasan mereka yang betul, terhoyong-hayang mengikuti contoh yang bercampur aduk syariat dan maksiatnya. Sehinggakan mereka lupa haq dan batilnya.
Begitulah media telah mempengaruhi segenap ruang akal manusia. Teringat suatu masa dulu, setiap yang menonton filem/drama seperti Ketika Cinta Bertasbih, Ayat-Ayat Cinta dan Nur Kasih merasai indahnya cinta berlandaskan islam, indahnya berpoligami, indahnya hidup bersyariat. Namun kini perasaan itu seakan dilanda tsunami setelah beberapa filem/drama/berita yang ditayangkan memaparkan jeleknya akhlak seorang ustaz/ustazah, payahnya berpoligami, sulitnya mengikut sunnah nabi dan pelbagai lagi sifat antagonis yang diberi kepada seorang insan yang beragama islam. Lebih memualkan lagi kisah-kisah ini di cipta sendiri oleh tangan-tangan mereka yang mengakui mereka adalah islam dan berpakaian seorang muslim.
Keadaan terlalu menekan kini, apabila ditegur tidak pula berlapang dada hamburan diberi seperti lagak seorang yang tidak berpelajaran. Benarlah sabda Rasulullah..mengenggam bara api di akhir zaman bukan mudah..Kembalilah kepada fitrah, kita adalah sebaik-baik umat yang dicipta Allah, kerana kita adalah umat yang disuruh berdakwah dan mengajak orang lain mengenal Allah sekaligus mengenal islam..Lupakah kita Nabi-nabi terdahulu tidak dibenarkan berdakwah? Pengetahuan iman hanya untuk diri mereka sendiri, tidak seperti Rasul-rasul, tugas mereka adalah berdakwah, mengenalkan Pencipta kepada seluruh umatnya. Kita umat akhir zaman juga begitu, disuruh berdakwah kepada manusia, menyambung risalah Rasulullah, kerana tiada lagi Rasul/Nabi selepas umat Nabi Muhammad S.A.W…fikir-fikirkan..
Firman Allah S.W.T: Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya. (A-li'Imraan 3:104)