Khabarkanlah kepada hamba-hambaKu (wahai Muhammad), bahawa Akulah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani (bagi mereka yang bertaubat dan beramal soleh).
(Surah Al-Hijr - 49)
------Assalammualaikum, dengan nama Allah------
“Ya Allah, sesungguhnya aku meminta pilihan yang tepat kepadaMu dengan ilmu pengetahuanMu dan aku mohon kekuasaanMu (untuk mengatasi persoalanku) dengan kemahakuasaanMu.
Aku mohon kepadaMu sesuatu daripada anugerahMu Yang Maha Agung, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa sedang aku tidak berkuasa. Engkau mengetahui sedang aku tidak mengetahui dan Engkau adalah Maha Mengetahui hal yang ghaib.
Ya Allah, apabila Engkau mengetahui bahwa urusan ini adalah baik untuk agamaku, kehidupanku, dan akibatnya terhadap diriku, di dunia atau akhirat, maka takdirkanlah untukku, mudahkan jalannya, kemudian berikanlah keberkatan.
Akan tetapi apabila Engkau mengetahui bahwa persoalan ini berbahaya bagiku dalam agamaku, kehidupanku dan akibatnya terhadap diriku, maka jauhkanlah persoalan tersebut dariku dan jauhkanlah aku darinya, takdirkan kebaikan untukku di mana pun ia berada, kemudian berilah kerelaanMu kepadaku”
(HR. al-Bukhari)
Cetusan rasa..
Hati.. Hentilah menduga imanku.. Ku tahu betapa tidak tenangnya keadaanmu.. Ku tahu ada secebis rasa yang mengganggumu.. Bersabarlah menanti janji Rabbi yang pasti.. Dirimu hanya perlu bersedia.. Menjadi hamba yang sentiasa patuh pada Pencipta.. Supaya dirimu sentiasa disayangiNya.. Supaya dianugerahkan yang terbaik untuk dirimu.. Tenanglah wahai hati.. Sabarlah wahai diri.. Menanti janji yang pasti..
Pada pendapat diri ini yang baru setahun jagung mendalami dan membaca buku-buku yang berunsurkan ilmiah...Buku dari seberang sedikit sukar untuk difahami..Dari segi penggunaan dan penyampaian bahasanya...
Buku nukilan seberang yang masih belum habis dibaca...menarik, sarat dengan bukti dari kitab suci Al-Quran dan kitab samawi yang lain...
Buku dari negara sendiri pula, lebih dekat di hati..mungkin kerana ia adalah negara kelahiran...Bahasa yang digunakan dekat di hati...lebih terkesan...
Buku yang telah habis dibaca, amat mudah difahami dan seronok diterokai...Berbangga kerana ada anak Malaysia yang mengkaji secara mendalam tentang wira ini...
Walaupun begitu..Kedua-duanya ada kelebihan tersendiri...kedua-duanya menggunakan pendekata tersendiri...semoga diri ini istiqomah dalam mencari ilmu..menggali sejarah yang tersembunyi di dunia ini...Gembiranya diri kerana mencintai ilmu...
Sahabat...walau jauh dan berabad terpisah dek impian dan keadaan namun dengan izin Allah kita ketemu jua...Ukhuwwah kerana Allah tidak akan terpisah, walaupun ada tika nya kita bersedih dan bertegang urat..Itulah nikmatnya bersahabat...Hubungan yang awalnya terjalin kerana keterpaksaan atau kerana kerelaan, bukan kayu pengukurnya, yang penting sehingga mana kita mampu pertahankan sesebuah perhubungan itu supaya sentiasa mekar dan tersemat di dalam hati...
Dengan kehendak Allah jua pertemuan dengan sahabat yang lama terpisah terjadi hari ini..Terima kasih kerana mengingati, terima kasih kerana menyayangi sahabatmu ini seadanya...Di kedewasaan ini, pabila sesekali berjumpa terasa seperti pertama kali berkenalan...Gelak ketawa tidak lekang walau pertemuan hanyalah seketika cuma..
Masing-masing mempunyai impian dan harapan yang hendak dicapai...Semoga semuanya tercapai sahabat..Dengan usaha dan tawakalmu kepada Tuhanmu...InsyaAllah..kejayaan itu pasti...
Semoga ketemu lagi wahai sahabat, jika tidak disini, mungkin disana, di tempat yang indah kekal abadi..doakan untukku jua, wahai insan yang ku temui dan berpisah kerana Allah yang Esa...
Akhirnya lahir juga apa yang tersirat dihati, telah tersurat di blog ini...Jenuh akal berfikir, lelah hati menanggung rasa, menanti bilakah suatu cetusan rasa lahir dari seketul daging bernama 'hati' akan diluahkan..
Maka lahirlah blog yang dinanti...'serikandibonda'...Nama diberi sebagai peringatan pada diri, lahirnya didunia tidak lain sebagai khalifah di muka bumi..dan juga sebagai anak yang berbakti kepada ayahanda dan bonda...
Tulisan pertama masih terasa kekok, walaupun banyak yang mahu diluahkan..semoga apa yang diimpi menjadi nyata...Tenanglah wahai hati...bermulalah dengan nama Tuhanmu...